“10 Cawangan Sedang ‘Ren0vate’,” Hasrat Ebit Lew Buka Pasar Raya Jadi Kenyataan

Dua minggu lalu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew telah merancang bagi membuka 10 cawangan pasar raya menjual barangan runcit berharga murah di beberapa negeri yang mampu dibeli orang ramai.

Terbaru, pendakwah berusia 36 tahun tersebut memberitahu bahawa pasar raya yang dinamakan Elews Mart itu sedang diubahsuai dan akan siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Alhamdulillah!

“Berkat doa semua dah ada 10 cawangan ElewsMart sedang diubahsuai. Paling murah & ada khas rak percuma bagi yang memerlukan,” tulisnya di laman Facebook.

Bagaimanapun, lokasi pasar raya tersebut belum dikongsi kepada umum dimana rata-rata netizen berharap akan mempunyai satu cawangan di kawasan berhampiran mereka.

Malah segelintir individu terus mendoakan supaya perniagaan beliau dipermudahkan dan mendapat rezeki melimpah ruah dalam membantu golongan yang memerlukan.

Moga ada satu cawangan di kawasan saya

Terbaik ustaz! Syukur

Moga Allah permudahkan

Selain Elews Mart, beliau turut mempunyai beberapa buah restoran, butik pakaian selain menjana pendapatan melalui video di saluran Youtube miliknya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“10 Cawangan Sedang ‘Ren0vate’,” Hasrat Ebit Lew Buka Pasar Raya Jadi Kenyataan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*