“Dah 7 Tahun 0rang Masih Mengata Macam-macam” Rumah Tangga Izzue, Awin Tidak Terjejas Dengan Cemvhan

WALAUPUN perkahwinan mereka sudah memasuki tahun yang ketujuh, penyanyi Izzue Islam berkata isterinya, Awin Nurin masih menerima cemuhan daripada orang yang kurang senang dengan perkahwinan mereka.

Malah, Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 30, berkata, parkara itu membuatkan isterinya lali dan tidak terasa hati.

“Macam-macam kami lalui sepanjang berkahwin ni. Paling sedih dah tujuh tahun kahwin masih lagi ada yang cakap bukan-bukan pasal kami.

“Tapi Awin tak stres pun. Dah tujuh tahun orang mengata macam-macam pasal kami sampai dah lali dah,” kata Izzue.

Izzue dan Awin sudah terbiasa dengan kecaman dan cemuhan orang sekeliling sepanjang perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, bercakap soal cahaya mata, Izzue berkata, dia tidak ambil hati jika ada pihak yang bertanya soalan berkaitan zuriat.

Namun, pelakon itu berkata dia dan isteri menganggap ia sebagai satu doa.

“Kami suka bila orang tanya pasal anak. Sebab bila orang tanya tu maknanya orang sedang mendoakan kami juga,” ujarnya.

Sementara itu, sempena ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun Izzue yang ke-30 pada Selasa, Izzue melancarkan sebuah single bertajuk Biar hasil ciptaan IIAN dan Gjie 6ixth Sense.

Kata, lagu tersebut dijadikan salah satu cara untuk mengingati ulang tahun perkahwinan ketujuh mereka.

Biar merupakan sebuah lagu yang menceritakan tentang menghargai cinta dan memberi semangat kepada sang pencinta untuk tidak putus asa dalam bercinta,” kata Izzue.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dah 7 Tahun 0rang Masih Mengata Macam-macam” Rumah Tangga Izzue, Awin Tidak Terjejas Dengan Cemvhan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*