“Kenapa Part Hantv je Lampu Nak Terp4dam” Tak Tid0r 48 Jam Demi Lathi Challenge, Pelajar Aswara Diganggu Pvkul 4 Pagi

TREND video Lathi Challenge kini banyak memenuhi paparan media sosial di seluruh dunia.

Tidak ketinggalan, ia turut disertai beberapa individu di Malaysia termasuklah pelakon, Mawar Rashid.

Namun, video sama yang dihasilkan seorang pelajar Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) turut mencuri perhatian ramai sehingga menerima ratusan ribu tontonan dalam masa singkat.

Menurut Aiman Shahiran Ahmad Fadzil, 22, dia bersengkang mata selama 48 jam demi menyempurnakan video itu yang berdurasi kurang satu minit.

Dalam video itu, dia memaparkan transformasi wajah biasa kepada karakter seorang puteri sebelum berubah menjadi karakter hantu dengan wajah yang cukup menyeramkan.

Mesra disapa Aiman, dia sewaktu dihubungi sempat berkongsi kejadian aneh yang menimpa sewaktu penggambaran video tersebut.

Aiman sudah mempelajari teknik solekan secara serius sejak berusia 14 tahun.

“Saya tak tidur, shoot dan edit selama 48 jam. Part hantu tu saya shoot sekitar pukul 4 pagi.

“Tiba-tiba sahaja black out, lampu terpadam tapi lagu masih bermain. Lagu itu pun macam ada aura tersendiri, saya baca orang kata ada ritual dan sebagainya… saya pun tak tahu.

“Memang rasa seram sekejap, kenapa part hantu je lampu nak terpadam? Sebelum tu OK je. Sebelum tu juga saya dah check semua tiada masalah, tapi tiba-tiba black out,” ujarnya.

“Saya kan lelaki, orang pertikai tapi saya tak kisah sebab saya buat video itu sekadar satu karakter.”

AIMAN SHAHIRAN AHMAD FADZIL

PENUNTUT ASWARA

Menurut penuntut bidang Filem dan Televisyen itu, dia sanggup menyewa kostum tradisional untuk menyempurnakan rakaman tersebut.

Malah, dia juga dibantu ibunya dalam mengenakan kostum tersebut sebelum membuat tiga bahagian rakaman bersendirian.

“Saya dengan mak yang terlibat, mak bantu untuk pakai kostum termasuklah perhiasan di kepala. Selebihnya saya buat sendiri.

Dedah Aiman, ada kisah seram yang berlaku sewaktu penggambaran video itu.

“Sebenarnya saya dapat banyak mesej, ramai minta buat Lathi Challenge tu sebab mereka tahu saya sentiasa buat video mekap, sebab tu saya hasilkan.

“Hasilnya memuaskan, saya puas hati walaupun tak tidur 48 jam,” ujarnya.

Bercakap mengenai respon orang ramai, Aiman mengakui bersyukur apabila menerima sokongan yang tidak putus-putus sejak video itu dikongsi.

Antara mekap kesan khas yang dihasilkan Aiman pada wajahnya.

Namun katanya, sudah menjadi ragam media sosial, pasti ada sahaja segelintir individu yang akan bercakap perihal negatif mengenai dirinya.

“Saya kan lelaki, orang pertikai tapi saya tak kisah sebab saya buat video itu sekadar satu karakter.

“Saya tak kisah, biasanya saya tak baca pun. Jika tidak saya padam dan sekat akaun mereka.

Penuntut Aswara ini enggan mengendahkan segelintir komen negatif yang mempertikaikan dirinya di laman sosial.

“Bukannya saya pakai macam tu kat luar. Saya sebenarnya terharu ramai orang hargai seni saya buat. Terkejut dengan sambutan orang ramai,” ujarnya yang mula belajar teknik solekan secara serius sejak berusia 14 tahun.

Malah, Aiman sewaktu berusia 18 tahun juga pernah mewakili Malaysia ke Los Angeles dan menyertai pertandingan mekap kesan khas Nyx Face Awards di sana.

Lebih membanggakan, dia berjaya menempatkan dirinya dalam kedudukan tiga teratas dengan sentuhan magis yang dihasilkan di wajah sendiri.

 

View this post on Instagram

 

Ni lah hasilnya yang tak tidur 48 jam tu. Siap kena gangguan mistik lagi 😱😱😱 #mstaronline #mstarMoi

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kenapa Part Hantv je Lampu Nak Terp4dam” Tak Tid0r 48 Jam Demi Lathi Challenge, Pelajar Aswara Diganggu Pvkul 4 Pagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*