“Kmb@ng Tek4k Teng0k” Rebus Tel0r Untuk Dimakan, Tapi Terkej0t Teng0k Tel0r Jadi ‘Caclng’

Macam-macam masakan yang kita boleh buat dengan menggunakan telur ayam kan? Boleh buat telur mata, sandwich telur, scramble eggs dan telur separuh masak. Lima minit je dah boleh siap masak.

Namun, kalau korang tak check dulu keadaan telur tu, bahan masakan tersebut boleh menyebabkan kita keracunan makanan. Macam yang terjadi pada seorang wanita di Thailand ni. Menurut Nation Thailand, Rangsiya Sara-uppatham yang berusia 34 tahun telah merebus telur yang dibeli dari pasar raya Tesco Lotus.

Tapi, dia terkejut sebab isi telur yang direbus tu tiba-tiba jadi macam cacing. Eww, kembang tekak la pulak tengok ni. 

Nasib baik sehari lepas tu pihak pasar raya dan Jabatan Kawalan Penyakit sudah pun menghantar telur terbabit ke makmal untuk uji kaji.

Rupanya tu bukan cacing pun sebab menurut Dr Taweesak Songserm dari Kasetsart University, tekstur pelik itu sebenarnya telah disebabkan oleh tisu telur yang sudah dirosakkan oleh kuantiti bakteria yang tinggi. Sebab tu lah isi telur tu bertukar jadi pelik. 

Tambahnya lagi, cacing tak boleh mencemari telur. Katanya, telur kan berkulit keras jadi mustahil untuk cacing masuk ke dalam telur.

Apa-apa pun, jangan lupa check dulu telur sebelum makan. Tak pasal-pasal sakit perut nanti. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : LM

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kmb@ng Tek4k Teng0k” Rebus Tel0r Untuk Dimakan, Tapi Terkej0t Teng0k Tel0r Jadi ‘Caclng’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*