“Pak Nil Mengg!gil Dan Menangls Setelah Menghubungi Pemaisuri Ag0ng,” Pak Nil K0ngsi Sebabnya..

Pengacara terkenal tanah air, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil memuat naik satu posting di Instagram di mana dia berasa gigil untuk bercakap dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui telefon.

Daulat Tuanku!

“Maafkan Paknil atas pengaturan ayat dan pemilihan perkataan yang spontan campur gigil semasa bercakap dengan baginda Tuanku Permaisuri Agong. Menjunjung kasih Tuanku atas perkenan Tuanku untuk patik siarkan perbualan ini.”

Menerusi rakaman video selama 4:29 saat, Pak Nil memberitahu bahawa dia telah menghantar mesej kepada Tunku Azizah baru-baru ini berhubung hal kerja. Walaupun, sebelum ini mereka pernah berhubung mengenai makanan, Pak Nil tidak menafikan bahawa dia masih berasa gigil untuk bersembang dengan tuanku permaisuri apatah lagi melalui panggilan telefon.

Tambah Pak Nil, dia memaklumkan kepada Tunku Azizah terlebih dahulu mengenai surat yang dihantar olehnya menerusi pihak istana. Ujar Pak Nil lagi, dia tidak mahu Tuanku terperanjat seandainya surat tersebut telah sampai. Oleh itu, Pak Nil mengambil pendekatan untuk memaklumkan hal tersebut terlebih dahulu.

Tangisan keinsafan dan syukur

Selepas berbual dengan Tunku Azizah, Pak Nil kelihatan menitiskan air mata. Menurut Pak Nil, Tunku Azizah seorang permaisuri yang sangat rendah diri dan berjiwa rakyat. Air mata yang mengalir selepas perbualan tersebut merupakan air mata keinsafan dan syukur jelas Pak Nil.

Pak Nil juga memberitahu bahawa jika seseorang menggunakan sosial media sebagai platform untuk kebaikan, nescaya kebaikanlah yang akan didapat. Manakala, jika sosial media digunakan untuk membuli dan menghina orang, Pak Nil tidak dapat melihat kebaikannya.

First time nampak Pak Nil gugup

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberitahu bahawa mereka pertama kali melihat Pak Nil gugup seperti itu. Namun, mereka kagum dengan keyakinan dan cara pertuturan Pak Nil semasa berhubung dengan Tunku Azizah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Datuk Aznil Hj Nawawi  / ohbulan

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pak Nil Mengg!gil Dan Menangls Setelah Menghubungi Pemaisuri Ag0ng,” Pak Nil K0ngsi Sebabnya.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*