“Wrga Tempatan Datang La Kerja..” Peniaga Pasar Bor0ng Mahu Bantu Mereka Yang Hilang Pekerjaan,

Wabak COV19 bukan sahaja menguji penduduk dunia dengan masalah kesihatan, malah turut terpalit dengan masalah serta kemeros0tan ekonomi.

Semenjak perintah berkurung dan kuarantin (PKP) dilaksanakan, kebanyakan individu diuji dengan masalah untuk menjana pendapatan termasuklah terpaksa dibuang kerja.

Turut dilaporkan juga lebih 30,000 orang di dalam industri perhotelan di seluruh negara bakal hilang pekerjaan dan lebih 10,000 dicutikan tanpa gaji serta lebih 6,000 pekerja dipotong gaji ekoran aktiviti perniagaan industri yang menguncup.

Terkini dikatakan, para peniaga para peniaga di Pasar Besar Jalan Othman Petaling Jaya telah mengatakan menyediakan lebih 1,000 peluang pekerjaan untuk diisi khusus oleh rakyat Malaysia.

Lebih menarik lagi, bayaran gaji dikenakan secara purata sekitar RM2,000 sebulan serta turut diberikan faedah seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kekosongan ini dibuka setelah kebanyakan pekerja warga asing ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen. Oleh itu, mereka mengambil peluang dan membuka ruang buat warga tempatan dan juga bersedia untuk membayarnya lebih tinggi daripada gaji minimum.

Orang ramai yang berminat dengan peluang yang ditawarkan mempersilakan untuk menghadiri temuduga dan tiada had umur yang ditetapkan. Mereka yang berjaya bakal mampu menjana lebih dari RM2,000 sebulan, namun perlulah disiplin untuk datang bekerja pada awal pagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Vocket

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Wrga Tempatan Datang La Kerja..” Peniaga Pasar Bor0ng Mahu Bantu Mereka Yang Hilang Pekerjaan,"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*