“Perkhidmatan Gunting Rambut Dibenar Mulakan 0perasi Bermula 10 Jun” Ismail Sabri

Menerusi sidang media harian PKPB hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa perkhidmatan gunting rambut dan kecantikan dibenarkan bermula 10 Jun 2020.

“Mesyuarat hari ini bersetuju untuk membenarkan perkhidmatan gunting rambut, hairdresser dan kecantikan bermula 10 Jun 2020 dengan SOP yang ketat.”

“Aktiviti yang dibenarkan termasuk gunting rambut asas, cuci rambut, cukur jambang dan misai, solekan dan rawatan rambut manicure dan pedicure serta cuci dan rawatan muka.”

“Bagi golongan yang berisiko tinggi yang berusia 60 tahun ke atas, proses guntingan adalah diwajibkan secara temujanji dan tanpa kehadiran pihak-pihak lain semasa proses itu. Kita juga meminta supaya ditetapkan waktu untuk warga emas untuk mengelakkan mereka bercampur dengan orang lain kerana mereka berisiko tinggi. “

“Begitu juga dengan kanak-kanak bawah umur 12 tahun, dibenarkan tapi perlu memakai pelindung diri serta penutup muka dan apron pakai buang.”

“Antara SOP yang perlu dipatuhi termasuk pemakaian face shield dan apron bagi pengunting rambut. Mereka juga perlu memakai sarung tangan yang akan ditukar setiap kali bertukar pelanggan.”

“Setiap pelanggan mesti memakai apron yang dipakai buang dan tidak boleh bergilir sesama pelanggan.”

Menurutnya, sektor ini menyumbang kepada KDNK negara sejumlah 13.5 bilion setahun.


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : SiakapKeli

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Perkhidmatan Gunting Rambut Dibenar Mulakan 0perasi Bermula 10 Jun” Ismail Sabri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*