“Tak Sampai Seminggu L0nggar Sek4tan,” Arab Savdi Laksana Semula ‘L0ckd0wn’

Pada 31 Mei lalu, Arab Saudi telah melonggarkan sekatan dengan kedai runcit dan pusat beli-belah di Arab Saudi dibuka semula dengan peraturan yang ketat.

Semua perniagaan dibenar beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang dan semua pelanggan harus menjalani pemeriksaan suhu di pintu masuk di premis.

Bagaimanapun terbaru, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengambil keputusan melaksanakan semula perintah ‘lockdown’ di Jeddah yang menjadi pintu masuk ke Makkah, bermula hari ini hingga 20 Jun depan.

Peningkatan kes COVlD-19

Gulf News memetik laporan Agensi Berita Saudi (SPA), tindakan itu diambil susulan adanya peningkatan bilangan kes jangkitan COVlD-19 di Jeddah dan ia sebahagian langkah kerajaan Arab Saudi untuk mengekang penularan wabak.

Berikutan pelaksanaan semula perintah berkurung itu, penduduk dilarang melakukan pergerakan bermula jam 3 petang hingga 6 pagi termasuk ke tempat kerja tidak kira di sektor awam mahupun swasta.

Selain itu, penduduk juga dilarang makan dan minum di dalam restoran atau kafe serta menunaikan solat berjemaah melebihi lima orang di dalam masjid.

Bagaimanapun, kementerian memaklumkan pengangkutan darat dan udara untuk masuk dan keluar dari Jeddah masih dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.

Keputusan itu diambil berdasarkan penilaian yang dibuat oleh pihak berkuasa kesihatan selepas meneliti situasi semasa.

Semua pekerja dan kumpulan penting yang terkecuali tetapi perlu mematuhi peraturan dan prosedur pencegahan.

Seorang pegawai dari kementerian dalam negeri memaklumkan jumlah kes di Riyadh juga akan dipantau dalam beberapa hari mendatang untuk menentukan langkah harus diambil.

Ketika ini, tiada sekatan di semua bandar dan wilayah lain tetapi ada kemungkinan kementerian memperbaharui peraturannya sekiranya keadaan bertambah buruk.

Baru minggu lalu sekatan dilonggar

Terdahulu, Kerajaan Arab Saudi pada Isnin, mengumumkan sekatan dibuat susulan Covid-19 di negara itu, akan dilonggarkan kecuali di Makkah.

Menurut Arab News yang memetik laporan Saudi Press Agency, pergerakan dalam bandar dan antara wilayah dibenarkan bermula 31 Mei.

Kelonggaran itu juga mengubah perintah berkurung yang bermula 3 petang hingga 6 pagi setiap hari, sebelum ini kepada 8 petang hingga 6 pagi, selain membenarkan aktiviti perniagaan serta pejabat kerajaan kembali beroperasi.

Bagaimanapun, Makkah kekal di bawah sekatan penuh 24 jam, manakala umrah dan penerbangan antarabangsa masih ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : limauais

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak Sampai Seminggu L0nggar Sek4tan,” Arab Savdi Laksana Semula ‘L0ckd0wn’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*