“Duit Dia Svka Hatii Dialah” Bangl0 Tavke Dod0l Jadi Tumpuan Netizen, Samakan Seperti Kek Pandan Dan Cend0l Jagung

Sebuah banglo dimiliki oleh pengusaha dodol dan serunding di Pasir Mas, Kelantan menjadi tumpuan netizen apabila memaparkan seni bina yang unik.

Banglo milik pasangan Sulaiman Ismail dan Wan Sabariah Wan Ali itu persis mahligai Bollywood dan dihiasi dengan cat berwarna hijau selain ukiran kapur emas.

Malah, menerusi dekorasi dalaman banglo itu seperti yang dikongsikan oleh Twitter @twthartanah, kebanyakan perabot dan rekaan dalaman pun melengkapi gaya unik si pemilik.

Namun, perkongsian itu mendapat kritikan segelintir netizen yang menyifatkan citarasa pemilik banglo itu amat mengecewakan.

Hinggakan ada yang menyamakan banglo itu seperti kek pandan, cendol jagung, kuil, rumah j1in dan istana jawa.

Walaubagaimanapun, ada kisah lain di sebalik pemilihan warna dan rekaan banglo unik itu.

Memetik laporan Berita Harian, kediaman itu telah dibina sejak tahun 1987 dari keringat berniaga dodol dan serunding.

“Isteri saya terlalu meminati emas sejak muda menyebabkan keseluruhan ukiran yang digunakan di rumah ini berwarna emas. Warna emas itu digabungkan dengan dinding rumah berwarna hijau iaitu warna kegemaran isteri.

“Segala-galanya saya serahkan kepada isteri untuk menghias rumah kami. Selain minat terhadap barang kemas, isteri juga banyak melihat majalah dan televisyen yang mempunyai kaitan dengan menghias rumah sebelum mengaplikasikan kepada kediaman kami,” kata Sulaiman sebelum isterinya itu men1ngg4l dunia.

Kediaman itu didiami sembilan beranak dan mempunyai tujuh ruang tamu, tujuh bilik tidur, tujuh bilik air dan dua ruang dapur.

Saksikan rancangan dekorasi ruang dalaman rumah yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Gempak/ Berita Stedy Press

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Duit Dia Svka Hatii Dialah” Bangl0 Tavke Dod0l Jadi Tumpuan Netizen, Samakan Seperti Kek Pandan Dan Cend0l Jagung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*