“Ini Cara Dekati G0l0ngan Milenial” Norman Hakim Dapat Idea ‘Barzakh Challenge’ Selepas Sertai Kvrsus Pengvrusan Jenzh

SELEPAS trend video Lathi Challenge mendapat reaksi negatif pelbagai pihak, pelakon Norman Hakim tampil dengan mencabar netizen melakukan Barzakh Challenge.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 44, berkata, dia mendapat idea untuk memulakan cabaran itu selepas selesai solat Subuh.

“Saya baru selesai solat Subuh dan tiba-tiba terfikir untuk buat challenge tu. Idea itu datang secara spontan.

“Saya tergerak untuk berkongsi ilmu yang saya dapat lepas menyertai kursus pengurusan jenazah dan sebagainya,” ujarnya.

Idea Norman untuk memulakan Barzakh Challenge datang selepas selesai solat Subuh.

Katanya, sebagai umat Islam, dia bertanggungjawab dalam mengingatkan umat Islam yang lain supaya bersedia menghadapi kematian kerana ia boleh berlaku pada bila-bila masa.

Dalam pada itu, pelakon siri Gerak Khas ini turut menganggap pendekatan ini merupakan salah satu cara mendekati golongan milenial dalam berkongsi ilmu agama.

Norman berharap mesej yang cuba disampaikan dapat diterima orang ramai secara spiritual dan emosional serta dapat difahami dengan mudah.

“Secara tersiratnya, saya mahu mengingatkan satu sama lain bahawa ajal maut itu di tangan tuhan jadi bila-bila sahaja ia boleh berlaku. Saya juga mahu mengingatkan orang ramai supaya seimbangkan hiburan dan ibadah.

Norman berkata dia mahu berkongsi ilmu yang dipelajari selepas menyertai kursus pengurusan jenazah.

“Nak menyampaikan dakwah ini ada bermacam cara dan bagi saya ini salah satu caranya untuk mendekati golongan milenial.

“Ia penyampaian secara teknikal tetapi sesiapa yang merasakannya secara spiritual dan emosional bermakna mesej yang saya cuba sampaikan itu dapat difahami, bahawa kita semua akan mati dan ini adalah fasa sebelum kita ke alam barzakh.

Bercakap tentang video Lathi Challenge yang tular di laman sosial sehingga mendapat tentangan segelintir pihak, Norman berkata orang ramai perlu pandai memilih jenis hiburan yang sesuai untuk diikuti.

Dia turut meminta orang ramai tidak terlalu taasub dan terbawa-bawa dengan hiburan yang boleh melalaikan akidah seseorang.

“Pada saya, jika kita ingin berhibur kita perlu pandai memilih jenis hiburan yang boleh dan tak boleh dilakukan. Contohnya hiburan yang ringkas dan tak membuatkan kita menjadi terlalu taasub.

“Tak kisah apa jua jenis hiburan, asalkan mereka tahu hadnya dan tidak terlalu terbawa-bawa. Asalkan akidah masih terjaga,” ulas Norman.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ini Cara Dekati G0l0ngan Milenial” Norman Hakim Dapat Idea ‘Barzakh Challenge’ Selepas Sertai Kvrsus Pengvrusan Jenzh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*