“Ini Satu Peringatan Lembut DariNya” Mimpi Ny4wa Dicab0t, Nazim Othman Mahu Perbaiki Diri

PELAKON Nazim Othman berkongsi pengalaman menakutkan apabila bermimpi dicabut nyawa beberapa kali.

Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman, 36, pengalaman yang dilalui beberapa bulan lalu memberikan kesedaran dan keinsafan buat dirinya.

“Okey, ini random tapi saya nak kongsi juga. Beberapa bulan lalu, saya mimpi dicabut nyawa.

“Dah dicabut nyawa, lepas tu hidup semula selepas beberapa saat, lepas tu dicabut sekali lagi nyawa ini kemudian saya tersedar daripada tidur.

Nazim mahu menilai semula pilihan yang dibuat dan cara hidup yang dipilih selama ini.

“Lepas tu saya tak boleh tidur selama beberapa malam selepas malam saya mimpi tu,” ujarnya.

Nazim menganggap apa yang dialami merupakan satu peringatan dari Allah untuk dia memperbaiki kesilapan lalu dan menjadi seorang Muslim yang lebih baik.

Pelakon drama Monalisa ini juga berdoa agar semua umat Islam meninggal dunia dalam pengakhiran yang baik (husnul khatimah).

“Orang kata mimpi ni mungkin sekadar mainan tidur, tetapi dari apa yang saya nampak, ia merupakan satu peringatan yang paling lembut dariNya untuk saya nilai semula pilihan yang saya buat dan cara hidup saya selama ini.

“Wallahualam. Semoga kita semua meninggal dalam husnul khatimah. Amin,” tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ini Satu Peringatan Lembut DariNya” Mimpi Ny4wa Dicab0t, Nazim Othman Mahu Perbaiki Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*