“Media S0sial P4parkan Cantik Tu Kena Putih, Kurus” Gadis Kacvkan ‘Aj4r’ Lelaki Biiadab… Terhiina Kulit GeIap Dibuat Gvrauan

TATKALA masyarakat di Amerika Syarikat (AS) sibuk berperang isu Black Lives Matter, wujud juga individu di negara ini yang kurang sensitif berhubung perkara itu.

Ia termasuklah penggunaan perkataan ‘N***r’ yang merujuk kepada ‘racial slur’ terhadap kaum kulit hitam.

Terbaharu, seorang wanita Melayu dari Subang, Selangor turut disapa dengan perkataan itu kerana tona kulitnya yang agak gelap.

Namun menurut Reezlyn Edzrina Md Razali, 29, ini bukanlah kali pertama dia dihina disebabkan warna kulit malah ia sudah berlaku sejak di zaman sekolah lagi.

“Bukan kali pertama, dari sekolah rendah lagi. Apabila masuk sekolah menengah, ia makin teruk. Dulu awal-awal mungkin saya anggap mereka bergurau, lama-kelamaan ia beri kesan kepada keyakinan diri saya.

“Ada orang panggil saya hitam, kicap, bontot kuali… Paling tak boleh lupa orang datang cakap, kalau saya putih baru saya lawa.

Bakal menginjak usia 30 tahun pada 2021, Lyn kini semakin yakin dengan dirinya.

“Saya sebenarnya ada darah kacukan, ayah berketurunan mamak manakala ibu saya keturunan Cina,” ujarnya.

Mesra disapa Lyn, dia yang bekerja sebagai pegawai perhubungan awam menyelar tindakan lelaki tidak dikenali itu yang memanggilnya dengan gelaran tidak sepatutnya menerusi mesej di Facebook.

Sebagai langkah memberi pengajaran dan memberi kesedaran kepada orang ramai, dia turut berkongsi hal itu menerusi posting Facebook sehingga ia menjadi tular.

“Saya juga pernah menangis. Orang cakap saya gemuk, gigi tak perfect, tangan berbulu digelar sebagai monyet, anak gorila. Saya rasa terhina.”

REEZLYN EDZRINA MD RAZALI

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM

“Dia patut sedar dengan situasi sekarang di AS, tak patut guna perkataan ini, tambah-tambah lagi dia stranger. Saya tak kenal pun.

“Itu juga dianggap sebagai buli siber. Ada orang tak tahu apa yang mereka buat sebenarnya perbuatan buli. Generasi sekarang lagi sensitif, mentaliti tak kuat macam orang dulu-dulu.

“Sebab sekarang media sosial paparkan bahawa nak cantik tu kena putih, kurus. Itu yang merosakkan minda sehingga ada yang kena depresi.

Posting dikongsi Lyn di Facebook.

“Saya juga pernah menangis. Orang cakap saya gemuk, gigi tak perfect, tangan berbulu digelar sebagai monyet, anak gorila. Saya rasa terhina,” dedahnya lagi.

Nasihat Lyn kepada mereka di luar sana, jaga tutur kata dan jangan sesekali menghina fizikal orang lain.

Bagaimanapun kini kata Lyn, dia semakin yakin dengan diri sendiri seiring usianya juga sudah matang dan menghampiri angka 30.

Jelasnya, tujuan dia berkongsi di Facebook bukan untuk membuka aib lelaki itu sebaliknya mahu isu tersebut dipandang serius dan tidak berterusan menjadi barah dalam masyarakat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Media S0sial P4parkan Cantik Tu Kena Putih, Kurus” Gadis Kacvkan ‘Aj4r’ Lelaki Biiadab… Terhiina Kulit GeIap Dibuat Gvrauan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*