“Pec4h Rek0d, H0tel di Langkawi Terima 1OOO Tempahan Dlm Sejam.” Tapi Ada Satu Benda Jadi Pers0alan

Perutusan terbaru Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini ternyata menggembirakan hati orang ramai.

Perintah kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Pengumuman tentang sektor pelancongan domestik dibuka, seiring dengan kebenaran perjalanan rentas negeri pastinya memberi kelegaan buat semua.

Siapa sangka, baru beberapa jam pengumuman itu, pemain sektor pelancongan menerima kejutan tidak disangka-sangka.

1000 jemputan dalam sejam

Sektor perhotelan di Langkawi menerima 1,000 tempahan daripada pelancong domestik sebaik sahaja aktiviti untuk merentas negeri dan melancong dibenarkan kerajaan bermula 10 Jun ini.

Ketua Pegawai Ekesekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir menyifatkan perkembangan tersebut sebagai permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan mengalami kemerosotan impak pandemik COVID-19.

” Untuk makluman juga, pada jam 4 petang sehingga 4:45 petang tadi kita telah menerima 1,000 tempahan dalam masa sejam.

” Ini adalah rekod, semua hotel-hotel kita telah menerima 1,000 tempahan daripada semua pelancong domestik yang hendak ke Langkawi,” ujarnya.

Malah katanya, LTA juga menyasarkan satu juta pelancong domestik masuk ke Langkawi bermula 10 Jun sehingga 31 Disember nanti.

Ada perkara jadi persoalan

Namun katanya, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan lebih lanjut khususnya mengenai penggunaan fasiliti di hotel.

” Bermula 10 sehingga 31 Disember kita akan sasarkan 1 juta pelancong domestik ke Langkawi.

” Tetapi, kita ada sedikit kemusyilan, kita patut jawab (persoalan tentang) fasiliti-fasiliti yang boleh gunakan di hotel seperti kolam renang.

” Orang bercuti bawa anak, bawa keluarga, sudah tentu kita nak gunakan kolam renang tapi dalam pegumuman PM tadi tidak secara terperinci.

” Saya akan berjumpa dengan Menteri Pelancongan sendiri untuk mendapat garis panduan yang ditetapkan,” katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, pusat peranginan seperti Kereta Kabel Langkawi, Taman Tema Langkawi dan Taman Langkawi masih belum dibuka kepada umum.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas beliau pada Ahad memaklumkan, Perintah Kawalan Pergerakan Besyarat (PKPD) yang berakhir 9 Jun ini akan digantikan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Lebih banyak kelonggaran diberikan sepanjang tempoh PKPP termasuk kebenaran rentas negeri dan pelancongan domestik namun harus mematuhi SOP yang ditetapkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : limauais

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pec4h Rek0d, H0tel di Langkawi Terima 1OOO Tempahan Dlm Sejam.” Tapi Ada Satu Benda Jadi Pers0alan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*