“Ayah Lvmpuh Dil4nggar” Rintiihan Sayv Anak Bvat Pen0nton Maj4lah 3 Seb4k

Segmen terbaru rancangan dokumentari Majalah 3 yang bersiaran pada Isnin telah mendapat perhatian di media sosial, selepas ramai yang turut sebak apabila menonton kisah sebuah keluarga yang diduga dengan ujian daripada Tuhan.

Dalam segmen tersebut, memaparkan kehidupan seorang peniaga kuih dikenali sebagai Kak Jah bersama keluarga, apabila terpaksa mengambil alih tugas ketua keluarga selepas suaminya, Razali,43, terlibat kemalangan.

Bersedekah, minta doa supaya suami semb0h

Kak Jah tidak menafikan, selepas PKP dilaksanakan perniagaan kuih agak mer0sot. Namun, apa yang dipuji adalah sifat Kak Jah yang tidak berkira.

Meskipun hidupnya juga tidak berapa senang, tetapi Kak Jah adalah seorang insan yang tidak lokek dalam memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengharapkan imbuhan, sebaliknya hanya doa buat kesihatan suaminya yang tercinta.

Suami dilangg0r pemandu mab0k

Difahamkan, suaminya terlibat dalam kemalangan pada 19 Oktober 2019, apabila dia dilanggar oleh pemandu mab0k ketika sedang memeriksa tayar kereta, sehingga mengakibatkannya hilang kemampuan untuk bergerak.

Dua orang anak lelaki Kak Jah bertanggungjawab menjaga ayah mereka ketika ibu pergi berniaga. Namun, apa yang memilukan, ketika ditemu bual wartawan, anak yang sulung tidak dapat menahan sebak apabila menceritakan mengenai ayah mereka.

Harap ayah sembuh balik

Menurut anak itu, dia sangat mengharapkan ayahnya kembali sembuh seperti sediakala. Ini kerana, rindunya untuk melakukan aktiviti bersama ayah seperti dahulu semakin menebal di jiwa.

“Nak minta ayah sembuh, sebab abah adalah satu-satunya ayah..kalau solat minta doa dekat Tuhan, nak tengok ayah sembuh, nak makan dengan ayah nak keluar dengan ayah…”

Semoga adik tabah yer

Malah, lebih sayu lagi dapat diperhatikan ketika mendengar rintihan anak, si ayah juga turut tidak dapat menahan sebak apabila dilihat turut menangis mendengar luahan hati anaknya.

Menerusi komen, ramai yang juga turut bersimpati dengan nasib keluarga ini, malah ada juga yang mahu menghulurkan bantuan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Nona/ Koleksi Viral

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Ayah Lvmpuh Dil4nggar” Rintiihan Sayv Anak Bvat Pen0nton Maj4lah 3 Seb4k"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*