“Sebenarnya Saya Tak Ada Tahii Lalat Pun” Gadis buat TikT0k Nak Test Betul Ke Wajahnya Macam Neelofa, Terkej0t Bangun Pagi Kees0kan Harinya

“KAKAK you lagi cantik tau.”

Itu respons pengacara dan usahawan jelita, Neelofa terhadap seorang gadis dalam video TikTok yang tular di Twitter.

Gadis tersebut menarik perhatian netizen apabila raut wajahnya dikatakan mirip Neelofa.

Segalanya bermula apabila video TikTok berdurasi 13 saat itu dikongsi adik kepda gadis tersebut, Nur Syamimi di Twitternya.

Sehingga kini video itu mendapat hampir 750,000 tontonan di platform media sosial itu.

Gadis berkenaan, Nur Afina Balqis ketika dihubungi mStar meluahkan rasa teruja dan terkejut dengan respons Neelofa terhadap videonya itu.

Paparan skrin video TikTok Fina yang menjadi tular di Twitter.

“Mula-mula tu macam tak percaya. Saya macam eh betul ke dia? Saya tengok tweet handle tu banyak kali sebab sebelum ni ada orang lain jadi Neelofa.

“Sekali memang betul dia. Saya memang terkejut. Bangun pagi tu terus kejut adik saya beritahu Neelofa retweet. Saya pun beritahu ibu. Ibu pun macam tak percaya.

“Siapa tak suka kalau orang yang kita minat sedar tentang kita kan? Memang saya happy sangat-sangat,” katanya juga seorang penuntut di sebuah universiti tempatan di Melaka.

Mengenai video tersebut, Nur Afina atau lebih mesra disapa Fina mengakui ia dihasilkan sekadar untuk suka-suka sahaja.

“Sebenarnya saya buat video tu for fun je sebab sebelum ni ada orang reply dekat InstaStory, highlight dekat IG cakap muka saya ada iras macam Neelofa.

“Jadi saya try buat video dengan fake moles dan make up stail Neelofa nak tengok reaction orang ramai. Tapi tak sangka pula viral,” katanya.

Gambar kiri: Wajah Fina sewaktu menjadi model sambilan untuk tugasan rakan-rakan sekampusnya yang dikatakan ada mirip Neelofa.

Malah Fina mengakui dia sebenarnya tidak mempunyai tahi lalat di bahagian kanan muka seperti usahawan idolanya itu.

“Bila video tu viral ramai jugalah yang kecam. Ada cakap tak samalah. Tapi saya OK je. Lagipun saya dah beritahu memang muka saya tak sama.

“Semuanya sebab make up. Bila dah jadi macam ni, saya kena calm down. Apa-apa orang cakap saya tak marah pun. Saya malas nak layan sangat,” katanya.

“Sebenarnya saya buat video tu for fun je sebab sebelum ni ada orang reply dekat InstaStory, highlight dekat IG cakap muka saya ada iras macam Neelofa.”

NUR AFINA BALQIS

Pelajar

Pada masa sama, Fina turut mendedahkan dia amat meminati Neelofa.

“Saya memang minat sangat dekat Neelofa. Dalam assignment saya, saya tulis saya jadikan dia sebagai idola untuk jadi usahawan berjaya.

“Saya minat tengok cara dia. Dia matang, independent dan saya suka cara dia layan fans dia. Baik sangat. Lagipun saya nak berjaya macam dia,” katanya yang turut menjalankan perniagaan menjual tudung secara kecil-kecilan.

Fina (kiri) bersama adiknya, Nur Syamimi.

Meskipun ada yang mengecam, tidak kurang juga memuji kecantikan Fina.

“Sama gila muka dengan Lofa!! So cantik,” tulis Atiqah.

“Yang budak kecik macam Lofa masa kecik. Yang ni Lofa masa remaja,” kata Syikin.

“Ni bukan celup dah ni. Ni tekap ni… sama siot,” kata Azim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mSTar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Sebenarnya Saya Tak Ada Tahii Lalat Pun” Gadis buat TikT0k Nak Test Betul Ke Wajahnya Macam Neelofa, Terkej0t Bangun Pagi Kees0kan Harinya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*