TERKINI: “Solat Jumaat, Jemaah Dan Ibadah Haji Akan Diketahui Selewat-lewatnya Khamis Ini” DS Dr Zulkifli

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri menyatakan isu berkaitan solat jumaat dan solat berjemaah di masjid sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPB) dijangka diumumkan pada Khamis ini.

Mengulas lanjut beliau berkata keputusan itu akan dibuat berdasarkan ketertiban yang diamalkan di negara ini, lapor Malaysia Gazette.

Dalam isu, satu kenyataan rasmi akan dikemukakan selewat-lewatnya pada Khamis ini untuk menjawab sebarang bentuk kemelut dan persoalan solat jemaah dan Jumaat kerana di Malaysia ada tertibnya sendiri.

“Kita buat perbincangan secara khusus dengan pihak berautoriti dan ada kena mengena dengan dasar yang ingin diputuskan. Insya-Allah pada Khamis ini kita akan umumkan,”

Manakala bagi status ibadah haji tahun ini, Datuk Seri Dr Zulkifli berkata ia akan turut diumumkan pada hari sama.

Beliau berkata demikian pada sidang media Kad Laporan Mei 2020 & pelancaran Web Rasmi Menteri di Kompleks Islam hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : LM

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "TERKINI: “Solat Jumaat, Jemaah Dan Ibadah Haji Akan Diketahui Selewat-lewatnya Khamis Ini” DS Dr Zulkifli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*