“‘Abang’ P0lis Ajak Pengguna Jalan Lalu “R0adbl0ck” H0n Kereta 2 Kali,” Tanda Terima Kasih Kepada ”Fr0ntliner”

Pejam celik pejam celik, sudah tiga bulan rakyat Malaysia dilarang untuk merentas negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.

Bagi mereka yang dibenarkan merentas negeri untuk urusan kecemasan, kerja, pasangan suami isteri terpisah dan sebagainya, Alhamdulillah tahniah diucapkan kerana masih lagi mampu mencapai hajat masing-masing meskipun perlu melalui prosedur yang ditetapkan.

Namun bagi golongan selainnya, lebih-lebih lagi si bujang, kekangan tersebut amat menyentuh jiwa kerana perasaan rindu yang bertaut terhadap mak ayah di kampung sudah begitu menggunung tinggi.

Bagaimanapun, selepas tiga bulan, sejurus kelonggaran demi kelonggaran diluluskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan kes jangkitan COVID-19 sudah mulai reda, akhirnya tanggal 9 Jun 2020 dipilih sebagai hari terakhir PKP Bersyarat (PKPB) dilaksanakan.

Selain itu, tanggal 9 Jun juga merupakan hari terakhir sekatan merentas negeri dijalankan di seluruh negara, sudah pasti ia memberi makna yang besar buat mereka yang sekian lama terpisah dari keluarga masing-masing.

Maka dengan itu, bermula 10 Jun iaitu hari ini, semua rakyat Malaysia dibenarkan untuk merentas negeri dengan bebas tanpa sebarang sekatan lagi oleh pihak polis.

Oleh itu, seorang frontliner, Bahrum Tahir berkongsi di Facebooknya, menyeru agar orang awam yang mula merentas negeri hari ini, membunyikan hon kenderaan sebanyak dua kali apabila melalui mana-mana kawasan sekatan jalan raya polis sebagai tanda terima kasih.

Hari ini adalah hari terakhir sekatan merentas negeri. Esok tiada lagi sekatan rentas negeri.

Jadi kepada kawan yang melalui roadblock hari ni, bunyikan hon dua kali dan angkat tangan kepada semua anggota frontliner yang bertugas tanda ucapan terima kasih kerana menjaga kita selama 3 bulan.

Tiada apa yang mampu kita beri selain ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Siakapkeli

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“‘Abang’ P0lis Ajak Pengguna Jalan Lalu “R0adbl0ck” H0n Kereta 2 Kali,” Tanda Terima Kasih Kepada ”Fr0ntliner”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*