“Kalau Ada Majlis Meraikan Fr0ntliners…,” Mahu Hargai Jasa Petugas Barisan Hadapan, Pak Nil Sukarela Nak Jadi Pengacara FOC

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi meluahkan rasa gembira apabila kejayaan yang ditunjukkan para petugas barisan hadapan (frontliners) menjadi ‘wira’ negara berdepan menangani wabak pandemik, COVID-19.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil turut berkongsi sepotong video para petugas dalam sektor kesihatan bersorak kegembiraan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad lalu.

Takpelah bagi lah mereka melepas perasaan gembira setelah PKPP diumumkan. Kami rasa kamu semua berhak atas kejayaan setakat ini!,” tulisnya.

Malah, Pak Nil turut menawarkan untuk mengacara secara percuma sekiranya terdapat majlis meraikan wira barisan hadapan itu. 

Kalau ada majlis meraikan semua Wira2 Frontliners ni, #paknil volunteer jadi Pengacara Majlis FOC!!! Tahniah Malaysia!”tulisnya.

Lalu, perkongsian itu mendapat reaksi positif orang ramai.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP yang akan mula dilaksanakan bermula Ahad (10 Jun 2020).

Pelaksanaan PKPP akan lebih banyak memberi kelonggaran dan kemudahan kepada orang ramai dan mereka yang menjalankan perniagaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Instagram Aznil Hj Nawawi

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kalau Ada Majlis Meraikan Fr0ntliners…,” Mahu Hargai Jasa Petugas Barisan Hadapan, Pak Nil Sukarela Nak Jadi Pengacara FOC"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*