“Kali Terakhlr Tambak Johor Ditut0p Pada Julai 1964,” Azwan Azir Saleh Kongsi Kisah, Sebelum Dibuka Selepas 83 Hari

Penyampai berita, Izwan Azir Saleh berkongsi beberapa panorama menarik Tambak Johor yang kelihatan cukup tenang dan kosong selepas ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac lalu.

Sengaja merakamkan detik bersejarah itu di laman peribadi miliknya, jelas Izwan, kali terakhir Tambak Johor ditutup adalah pada Julai 1964 selama empat hari akibat rusuhan kaum di Singapura.

“Biar jadi kenangan.

“Foto Tambak Johor (atau ‘Causeway’) yang kosong akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya petik dari 2 lokasi di Johor Bahru.

“Sebelum sempadan Malaysia-Singapura ditutup pada 18 Mac 2020 akibat penularan pandemik Covid-19, Tambak Johor yang dibina pada 1919, adalah perbatasan paling sibuk didunia. Dianggarkan hampir 145,000 kenderaan bersama 300,000 manusia akan menyeberangi Selat Tebrau setiap hari.

“Setelah 83 hari, Kerajaan mengumumkan bersedia untuk membuka Tambak Johor bagi membolehkan rakyat yang bekerja di Singapura untuk kembali bertugas.

“Kali terakhir Tambak Johor ditutup ialah pada Julai 1964 selama 4 hari akibat rusuhan kaum di Singapura yang ketika itu masih berstatus negeri dalam Malaysia. Sebelum itu, ketika Perang Dunia Kedua, tentera British telah mengebom bahagian tengah Tambak Johor untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. Bagaimanapun Jepun telah membaik pulih laluan itu dan berjaya menakluk Singapura pada Februari 1942,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

Biar jadi kenangan. . Foto Tambak Johor (atau ‘Causeway’) yang kosong akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya petik dari 2 lokasi di Johor Bahru. . Sebelum sempadan Malaysia-Singapura ditutup pada 18 Mac 2020 akibat penularan pandemik Covid-19, Tambak Johor yang dibina pada 1919, adalah perbatasan paling sibuk didunia. Dianggarkan hampir 145,000 kenderaan bersama 300,000 manusia akan menyeberangi Selat Tebrau setiap hari. . Setelah 83 hari, Kerajaan mengumumkan bersedia untuk membuka Tambak Johor bagi membolehkan rakyat yang bekerja di Singapura untuk kembali bertugas. . Kali terakhir Tambak Johor ditutup ialah pada Julai 1964 selama 4 hari akibat rusuhan kaum di Singapura yang ketika itu masih berstatus negeri dalam Malaysia. Sebelum itu, ketika Perang Dunia Kedua, tentera British telah mengebom bahagian tengah Tambak Johor untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. Bagaimanapun Jepun telah membaik pulih laluan itu dan berjaya menakluk Singapura pada Februari 1942. . #tambakjohor #causeway #johor #jdt #singapura #singapore #covi̇d19 #ceritawan

A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh) on

Tambak Johor yang disenaraikan sebagai laluan darat paling sibuk di dunia, sunyi dan sepi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.

Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mengambil maklum bahawa sektor industri di Singapura telah mula beroperasi dan meminta kebenaran supaya pekerja mereka dari Malaysia untuk berulang-alik ke Singapura.

Mesyuarat khas telah bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik atas urusan kerja dan bersedia menjalankan ujian COVID-19 jika diperlukan Kerajaan Singapura.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Instagram Izwan Azir Saleh & Berita Harian

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Kali Terakhlr Tambak Johor Ditut0p Pada Julai 1964,” Azwan Azir Saleh Kongsi Kisah, Sebelum Dibuka Selepas 83 Hari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*