“Pen0nton ‘JanggaI’ Lihat Neelofa Jadi Tetamu,” Minta Kembali Sebagai H0s Melet0p

Sememangnya selepas mendedahkan diri berakhir sebagai hos Meletop, Neelofa membuatkan orang ramai termasuklah peminatnya terkejut mengenai hal berkenaan.

Pun begitu, rata-rata menghormati keputusan selebriti dan usahawan tersebut namun pastinya peminat rancangan Meletop akan merindui Neelofa apatah lagi, setelah bertahun-tahun mengacara rancangan berkenaan bersama Nabil Ahmad.

Jika sebelum ini, ramai seronok Neelofa kembali sebagai pengacara bagi episod khas raya namun terbaru pula, mereka sekali lagi seronok mendengar bahawa dia dijemput sebagai tetamu pula.

Neelofa jadi tetamu Meletop jadi perhatian ramai


Perkongsian mengenai hal itu juga membuatkan warganet meninggalkan pelbagai reaksi positif mereka apatah lagi dapat menyaksikan kemunculannya sebagai tetamu bersama pelakon, Lisa Surihani.

Mereka menyatakan perasaan gembira dimana mereka seronok mengenai perkara tersebut apabila wajah Neelofa muncul di Instagram Meletop disamping perkongsian berkenaan meraih ribuan tanda suka.

“First time tengok Lofa jadi guest kat Meletop… tak sabar”

“Ada Lofa mesti tengok punya”

Pun begitu, setelah kemunculannya pada malam tadi di Meletop pula, ternyata mendapat pelbagai reaksi penonton di Youtube apabila mereka merasa janggal melihat Neelofa sebagai tetamu setelah bertahun-tahun dia menjadi pengacara rancangan berkenaan.

Walau bagaimanapun, ternyata ia membuatkan orang ramai sekali lagi mahu dia kembali sebagai pengacara kerana menganggap dia lebih sesuai untuk menjadi pengacara Meletop.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : LM

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Pen0nton ‘JanggaI’ Lihat Neelofa Jadi Tetamu,” Minta Kembali Sebagai H0s Melet0p"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*