Tariikh Bayaran BSH Fasa 3 (Julai) Dan Tamb4han RM150 BSH Se0rang

MALAYSIA: BSH atau Bantuan Sara Hidup merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan sasar B40.Ia merupakan bantuan yang diberikan bagi meringankan beban rakyat bagi melangsungkan kehidupan mereka

Jadi sebahagian besar sudah dapat Bantuan Sara Hidup yang diagihkan oleh kerajaan. Untuk pengetahuan semua, pembayaran Bantuan Sara Hidup fasa 2 telah pun bermula sejak 16 Mac lalu.

Manakala untuk Bantuan Prihatin Nasional telah selesai dikreditkan ke akaun pemohon sepanjang bulan Mei lepas. Bagi penerima Geran Khas Prihatin pula pembayaran akan mula dibuat bermula 15 Jun ini sebanyak RM3000.

Bagi semakan Status pembayaran BSH boleh dibuat dalam portal BSH > Menu Semakan Status Permohonan (Maklumat Pembayaran BSH 2020). Berikut adalah paparan status pembayaran dan tindakan yang perlu dibuat oleh pemohon.

  • Dalam proses pengkreditan – Anda hendaklah semak penyata akaun bank penerima bagi pembayaran mulai 16 Mac 2020
  • Tunai- Penunaian BSN dengan membawa MyKAD asal penerima apabila wujud Nombor Bacar pada semakan status anda.

Selain itu, setiap penerima akan mendapat dana tambahan sebanyak RM100 secara tunai dan RM50 secara e-tunai yang akan dibuat pada bulan Mei nanti.

#Penaflan: Untuk pengetahuan semua, tambahan RM100 adalah insentif yang telah diumumkan ketika kerajaan interim Tun Mahathir. Kerajaan Perikatan Nasional telah memperluas bantuan menerusi BPN dan Geran Khas Prihatin.

Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup Fasa 3 Julai 2020

Untuk pengetahuan anda semua, setiap tahun Bantuan Sara Hidup akan dibuat pada bulan Januari, Mei dan Ogos.

Bantuan Sara Hidup Fasa pertama telah selesai dibayar oleh kerajaan pada 20 Januari yang lepas. Manakala baki akan dibayar pada fasa 2 yang diawalkan pada bulan Mac.

#Terkini: Mengikut sumber yang diperolehi maklumat awal daripada ramai penerima Bantuan Sara Hidup mengatakan bayaran dibuat melalui BSN telah pun masuk ke dalam akaun masing-masing untuk fasa ke-2.

Manakala bagi tarik pembayaran BSH Fasa 3 masih lagi belum dimuktamadkan oleh kerajaan. Tiada pengumuman rasmi lagi namun kami menjangkakan ia akan dibayar sepenuhnya pada bulan Ogos nanti kerana kerajaan telah menyediakan dana tambahan RM150 untuk setiap penerima BSH yang dikreditkan pada bulan Mei.

Permohonan Baru dan Kemaskini

Mengikut sumber yang diperoleh, permohonan baru atau urusan bagi mengemaskini maklumat BSH telah pun tutup apabila dibuka sejak 1 Februari sehingga 15 Mac 2020 yang lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber:diari maklumat

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tariikh Bayaran BSH Fasa 3 (Julai) Dan Tamb4han RM150 BSH Se0rang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*