“Penerbit Buku Tampil M0hon Maaf,” Tiada Niiat Hlna Jata Negara

Selepas kontroversi muka hadapan buku ‘Rebirth: Reformasi, Resistance, And Hope In New Malaysia’ yang didakwa menghina Jata Negara, penerbitnya tampil memohon maaf terhadap pihak yang tersinggung.

Menerusi laporan BH Online, Chong Ton Sin berkata pihaknya tidak berniat untuk menghina logo Jata Negara malah tidak menyangka perkara itu akan menjadi isu besar.

“Gambar berkenaan adalah salah satu lukisan lama yang pernah dipamerkan di beberapa pameran termasuk di Sarawak beberapa tahun lalu.
“Pada masa itu tiada pula timbul isu, maka saya rasa bila ia diputuskan untuk dijadikan gambar pada kulit buku berkenaan tidak akan timbul masalah.
“Tetapi tak sangka pula ia jadi isu dan menyebabkan beberapa pihak tersinggung… saya memang tiada niat untuk berbuat demikian, perkara ini bukan disengajakan,” katanya.

Pengarah dan pengasas syarikat penerbitan Gerakbudaya itu berkata, beliau akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan oleh pihak polis.

“Semalam ada beberapa anggota polis datang ke pejabat tetapi saya tidak berada di situ kerana keluar makan tengah hari.
“Mungkin hari ini atau esok mereka akan datang semula atau akan panggil saya ke Bukit Aman (untuk dirakam percakapan). Saya sedang menunggu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : BH Online (Nor Azizah Mokhtar) , Fahmi Reza

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "“Penerbit Buku Tampil M0hon Maaf,” Tiada Niiat Hlna Jata Negara"

  1. DH X RELEVAN LG TAKTIK MINTA MAAF SLPS BUAT SALAH, MMG ZAMAN PH SEMUA KESALAHAN WLW SEBERAT MANAPUN AKN DI MAAF DAN DI GUGURKAN TP ITU DULU ,SKG ZAMAN PN MEMERINTAH, ZAMAN KUASA RAKYAT PEMBELA BANGSA,AGAMA DAN NEGARA , KEMUNKINAN BESAR MEREKA2 YG TERLIBAT SEHINGGA BUKU INI SIAP DI EDAR KAN AKN MERASA BAHANA YG PEDIH KERANA TELAH MELAKUKAN KESALAHAN BESAR NEGARA DAN DI JANGKA KAN TARAF KERAKYATAN AKN DI TARIK ATAU DI PINDA .

Leave a comment

Your email address will not be published.


*