“Dva Pel4jar P0sitif C0vid-19 Dari Ibu Saudara Yg Baru Pulang Dari Sabah” 52 Pel4jar Di Melaka Jal4ni Sw4b Test

Bila terdengar sahaja swab test rata-rata terbayang ngerinya ujian itu, tapi tak semua yang pernah merasainya.

Walaupun telah kecoh beberapa minggu lalu pelajar sekolah di Pulau Pinang dikenakan swab test, kini nasib yang sama bakal diterima oleh pelajar di Melaka.

Seorang pelajar tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Telok Berembang (SKTB) dan abangnya, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Cina (SMKLC) disahkan dijangkiti virus Covid-19. 

Kes itu menyebabkan seramai 22 pelajar daripada SKTB dan 30 lagi daripada SMKLC perlu menjalani swab test. 

Menurut salah seorang rakan sekelas pelajar tahun enam itu, Arif Akmal Ahmad Mazli pelajar dipanggil untuk ujian bagi memastikan mereka bebas daripada wabak itu lapor Harian Metro

“Kami adalah rakan sekelas seorang murid lelaki yang disahkan positif Covid-19 kelmarin dan kami diminta menjalani ujian itu hari ini,”

“Saya berdoa Allah melindungi saya daripada bahaya dan berharap dapat bersekolah semula apabila sekolah dibuka pada 22 Oktober ini,”

Pasangan adik-beradik yang dijangkiti Covid-19 itu dipercayai mempunyai kontak rapat dengan ibu saudara mereka yang baru pulang dari Labuan dan disahkan dijangkiti virus itu.

Mereka yang menetap di Kampung Nerambai di Lubok Cina, Rembau Negeri Sembilan berada di sempadan Lubok Cina di daerah Alor Gajah dan telah menerima rawatan di Hospital Seremban. 

Kesan jangkitan itu, kedua-dua sekolah, SKTB dan SMKLC akan ditutup selama 7 hari bermula semalam.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : lobak merah

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Dva Pel4jar P0sitif C0vid-19 Dari Ibu Saudara Yg Baru Pulang Dari Sabah” 52 Pel4jar Di Melaka Jal4ni Sw4b Test"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*