“J4ngan Maln-maln D0a 0rang Di4niaya” Brek M0tosikal BMW 1000 RR Alif Satar Les4p Di Parkir Kond0minium

PENYANYI dan pengacara Alif Satar kesal apabila alatan dan komponen pada motosikal miliknya dicuri pihak tidak bertanggungjawab pada Jumaat.

Menurut Alif, 30, beberapa komponen antaranya sistem brek pada motosikal berkuasa tinggi jenama BMW 1000 RR yang diparkir di kawasan kondominiumnya didapati lesap.

“Salam Jumaat! Nak pesan, curi barang orang berdosa… jangan main-main dengan doa orang yang teraniaya.

“Parking dekat kondominium sendiri, motor ada tapi brek tak ada. (Pencuri) potong brake harness dan brake calipers,” katanya.

Pengacara program Big Stage ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram pada Jumaat.

Perkongsian Alif mengenai kecurian pada komponen motosikal miliknya.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik dua keping foto komponen pada bahagian motosikal yang hilang dicuri penjenayah.

Sementara itu, Alif berharap pelaku berkenaan segera bertaubat dan tidak lagi mengulangi perbuatannya itu.

“Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ni, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniaya.

Beberapa komponen pada bahagian sistem brek dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

“Allah nak ganti dengan lebih baik, InsyaAllah doakan!,” ujarnya.

Perkongsian penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku ini menerima pelbagai reaksi daripada pengikut.

“Saya pernah kena tahun lalu… samalah potong tali minyak dan curi brake caliper, melayang RM3,000! 1000 RR ni silap-silap dua kali ganda (harga) bro!

“Ada hikmah tu bro, mungkin asbab nak tukar model baharu tu! Park lama sangat tu… manusia memang tak boleh tengok benda-benda mahal depan mata,” komen netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“J4ngan Maln-maln D0a 0rang Di4niaya” Brek M0tosikal BMW 1000 RR Alif Satar Les4p Di Parkir Kond0minium"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*