“Saya Men4ngis Apabila Dengar Cerita Indah Daripadanya…” Umie Aida K0ngsi Kis4h Pertemuan Dengan Neelofa Sebel0m Berpvrdah

KEPUTUSAN pengacara dan pelakon Neelofa mengubah penampilan dengan mengenakan niqab atau purdah disambut baik oleh peminat termasuklah rakan selebriti.

Antara yang memuji perubahan Neelofa ialah pelakon Datin Seri Umie Aida yang turut mendoakan supaya urusan usahawan muda itu dipermudahkan.

Berkongsi cerita pertemuan dengan Neelofa baru-baru ini, Umie berkata dia sebak sehingga menitiskan air mata mendengar luahan hati bekas pengacara program MeleTOP itu.

“Ayat yang selalu keluar daripada mulut Me (Umie) setiap kali jumpa Lofa… adalah Allah sayang kamu dik. Sungguh indah perjalanan hidupmu.

“Baru-baru ni Me jumpa Lofa… Me menangis apabila dengar cerita indah daripadanya… sangat indah!

Perkongsian Umie Aida (kanan) dan Yatt Hamzah (kiri) mengenai keputusan Neelofa mengenakan niqab.

“MasyaAllah… semoga Neelofa sentiasa dalam rahmat-Nya dan lindungan-Nya. Amin,” katanya menerusi Instastory pada Jumaat.

Pada Khamis, Neelofa membuat keputusan untuk berniqab dalam usaha memperbaiki keperibadiannya menghadapi hari-hari mendatang.

Semalam cari bahan-bahan untuk kongsi hari Jumaat, tiba-tiba wajahnya berniqab muncul di Instagram… terus sebak!

YATT HAMZAH

PENGACARA

Pengacara program temu bual Next To Neelofa ini juga berharap semua pihak dapat mendoakan perjalanan baharunya agar sentiasa dilindungi Allah.

Malah, ibu kepada Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammed menerusi Instagram turut meluahkan rasa syukur dengan penghijrahan anaknya itu.

Keputusan Neelofa berpurdah menerima pujian ramai orang.

Selain Umie, rakan artis lain yang turut menyokong perubahan Neelofa ialah Yatt Hamzah.

“Semalam cari bahan-bahan untuk kongsi hari Jumaat, tiba-tiba wajahnya berniqab muncul di Instagram… terus sebak!

“Mendoakan agar dia dan kita semua kuat dalam hijrah dan istiqamah. Teringat saat-saat awal dia berhijrah, dia kongsi masa berbual dalam telefon sebelum menjemputnya ke program Usrah Suci dulu. Such an inspiration!” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Saya Men4ngis Apabila Dengar Cerita Indah Daripadanya…” Umie Aida K0ngsi Kis4h Pertemuan Dengan Neelofa Sebel0m Berpvrdah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*