Kes Tertinggi direkodkan, Melonjak 869 Kes

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu koronavirus (Covid-19) di Malaysia melonjak kepada 869 kes hari ini iaitu yang tertinggi pernah direkodkan sejak pandemik itu melanda negara.

Empat kematian dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia akibat pandemik itu setakat ini ialah 180 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini melepasi angka 19,000 iaitu 19,627 kes, dengan kes aktif kebolehjangkitan meningkat kepada 6,886.

“Kes baharu hari ini kesemuanya penularan dalam negara melibatkan 745 warganegara dan 124 bukan warganegara dengan negeri Sabah masih mencatat jangkitan baharu tertinggi iaitu 451 kes (51.9 peratus),” katanya dalam sidang media secara maya yang disiarkan melalui Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, secara keseluruhan, sebanyak 224 kes (25.8 peratus) hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman dan Kluster Penjara Seberang Perai, yang merupakan kes terasing di dalam penjara serta tidak menjangkiti masyarakat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

SUMBER