“Hishamuddin Akhlrnya Bu4t Peng4kuan” Mengenai Pers0alan Adakah Dia Meny0kong Anwar Jadi PM

Selepas beberapa kali namanya ‘dipetik’ memberi sokongan kepada Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim, persoalan itu akhirnya terjawab.

Malah surat yang tular di media sosial, kononnya Presiden UMN0, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi sokongan dan kepercayaan kepada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri baharu sejak tengah hari tadi, disahkan palsu.

Pejabat Presiden UMN0 hari ini menegaskan bahawa ia tidak pernah mengeluarkan surat yang didakwa dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu sebagai Perdana Menteri Kesembilan.

Setiausaha Kerja UMN0, Datuk Mohd Sumali Reduan menjelaskan beliau dan pegawai Pejabat Presiden UMN0 sering bertanggungjawab menyediakan segala surat menyurat dan ‘letter head’ tidak pernah dikeluarkan tanpa nombor rujukan.

” Penyebaran surat rasmi berkenaan sangat melampau dan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yang berkepentingan dan berniat jah4t bertujuan untuk merosakkan imej Presiden UMN0,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak tengah hari, tular mesej dokumen format mudah alih “Surat UMN0 kpd Agong.pdf” memaparkan surat yang didakwa ditandatangani Presiden UMN0 berhubung pendirian Ahli Parlimen UMN0 memberi sokongan dan kepercayaan tidak berbelah bahagi kepada Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.

Surat bertarikh 11 Oktober, yang kononnya ditandatangani Ahmad Zahid dan disaksikan serta disokong Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Penasihat Barisan Nasional itu.

Ia antara lain bagi mengesahkan bahawa Ahmad Zahid bersama Najib dan sejumlah Ahli Parlimen UMN0 telah menarik balik sokongan dan kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan memberi sokongan kepada Anwar.

Beberapa pemimpin UMN0 dalam reaksi mereka menafikan dakwaan memberi sokongan kepada Anwar.

Ini jawapan Hishammuddin

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri Luar menerusi akaun Twitter menulis’

” Seperti Dr Zahid Hamidi sebut sebelum ini, beliau tidak boleh halang MP sokong Anwar.

” Tetapi jika surat yang tular hari ini benar, saya tidak dimaklumkan dan ia BUKAN pendirian saya sebagai MP UMN0.

” Saya mahu nyatakan dengan jelas, saya TIDAK sokong Anwar sebagai PM. Saya konsisten – NO ANWAR NO D4P.”

Sementara itu Ahli Parlimen, Rembau Khairy Jamaluddin, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, menafikan pernah menyatakan sokongannya kepada Anwar.

” Jika surat itu benar, saya ingin menyatakan secara tegas bahawa pendirian presiden parti tidak mewakili suara saya.

” Saya tidak menyatakan sokongan untuk Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Saya harap Ahli Parlimen UMN0 lain akan menyatakan pendirian mereka dengan jelas. Mari kita lihat siapa yang ada angka,” katanya dipetik menerusi laman Instagramnya hari ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : asiakini

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Hishamuddin Akhlrnya Bu4t Peng4kuan” Mengenai Pers0alan Adakah Dia Meny0kong Anwar Jadi PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*