“UMNO Perlu Jaw4tan Utk Bantu R4kyat,” Sekali Tind4kan Ebit Lew Buat Semua Ahli P0litik Terdi4m

” Luarbiasa, tak pernah lagi lihat mana-mana ahli politik buat macam ni. Ketika masing-masing tak kira dari parti mana sibuk berebut kuasa, Ebit Lew pula sibuk bantu rakyat..”

Itu antara komen segelintir warganet yang meluahkan rasa terharu dengan kesungguhan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat di Sabah.

Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi.

Menyedari ramai penduduk Sabah kini terkesan dengan pandemik Covid-19, Ebit Lew mengambil inisiatif luar biasa dalam memberi bantuan.

Menerusi hantarannya di Facebook (Fb) hari ini, Ebit memaklumkan beliau menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu.

” Doakan ya… risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah.

” Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medikal (perubatan) ke Sabah,” katanya.

Katanya, sumbangan disalurkan berbentuk barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), perisai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan.

” Saya sumbangkan barang set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.

” Doakan ya… insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat,” katanya.

Hantaran Ebit itu mendapat pujian warganet dengan kebanyakannya menzahirkan penghargaan terima kasih kerana bertindak pantas membantu mereka yang memerlukan ketika berdepan kesukaran pandemik ini.

UMNO Perlu Jawatan Untuk Bantu Rakyat. Tak Ada Kuasa Apa Yang Boleh Kita Buat – Tajuddin

UMN0 memerlukan jawatan dalam kerajaan dalam usaha membantu rakyat selain mengukuhkan lagi kedudukan parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, UMNO tidak diberikan jawatan yang sewajarnya ketika ini di dalam kerajaan.

” Perasaan tidak puas hati di kalangan ahli UMNO itu ada, kita tidak diberikan posisi atau kedudukan yang sewajarnya dalam kerajaan.

Tidak ada kuasa, apa yang kita boleh buat untuk membantu rakyat?

” Kedudukan dalam kerajaan ini penting kerana kalau tidak ada kedudukan, tidak ada kuasa, apa yang kita boleh buat untuk membantu rakyat?” katanya ketika dihubungi Astr0 AWANl pada Khamis.

Tajuddin yang juga merupakan ahli parlimen Pasir Salak menyatakan tidak menjadi satu masalah besar untuk menempatkan salah seorang pemimpin UMNO untuk mengisi tempat Timbalan Perdana Menteri.

” UMNO juga ada sumbangan dalam kerajaan Perikatan Nasional, kalau nak kata kita (UMNO) gila kuasa, pangkat, kedudukan dan sebagainya dah berapa lama sebelum ini tiada isu tersebut bangkit.

” Kita sokong kerajaan Perikatan Nasional tetapi dalam masa sama jangan ambil kesempatan walaupun kita sokong dan tidak tuntut apa-apa sebelum ini,” katanya.

Khamis lalu, ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkumpul di Menara Dato Onn bagi menghadiri Mesyuarat Khas yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Difahamkan bahawa mesyuarat khas itu bagi membincangkan secara terperinci mengenai calon yang paling sesuai untuk dicadangkan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sumber memaklumkan bahawa antara tiga nama yang dicadangkan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Menteri Kanan Pertahanan, dilihat memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menjawat jawatan nombor dua dalam Kabinet itu.

Nama lain yang disebut-sebut ialah Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, dan nama yang terbaharu ialah Ahmad Zahid sendiri.

Sebelum ini media melaporkan, Muhyiddin sedang mempertimbangkan secara serius untuk melantik TPM daripada parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu, sebagai timbal balas terhadap sokongan mereka untuk Rang Undang-Undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, dan kestabilan politik negara.

Bagaimanapun keputusan dicapai dengan tiada perbincangan tentang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan menegaskan semua ahli Kabinet mewakili UMNO terus kekal dalam kerajaan.

UMNO turut memutuskan bahawa pilihan raya umum (PRU) perlu diadakan selepas w4bak COVlD-19 berada di “peringkat minimum”.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa bangga dengan apa yang dilakukan oleh Ebit Lew yang disifatkan sangat luar biasa.

Malah seakan seperti dijangka, tindakan Ebit Lew tersebut telah membuatkan orang ramai terfikir seolah-olah di Malaysia ini hanya Ebit Lew seorang sahaja yang kaya.

Dan seperti dijangka, terdapat segelintir komen yang mempersenda ahli politik yang lebih ‘menyibukkan’ diri dengan perebutan kuasa daripada turun padang membantu rakyat.

” Nak tunggu Politician buat kerja sampai ke mampos la dok rebut jawatan and selamatkan perut2 bangs4t masing-masing”, kata Anep

” Ahli politik asing-masing sibuk penuhkan poket. Hilang ghaib. Nanti dekat-dekat pilihanraya muncul. Sibuk. Prihatin. Peluk. Bergambar. Tidur dalam reban ayam pun sanggup. Membela nasib rakyat kononnya. Rakyat siapa bantu. Rakyat juga yg bantu,” komen Izhar

” Semoga semua ahli politik insaf serta merta dan menangis keinsafan lepas tengok apa yang Ebit Lew buat ni..buat malu je tadi pemimpin” tulis Sam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : trending sgt

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "“UMNO Perlu Jaw4tan Utk Bantu R4kyat,” Sekali Tind4kan Ebit Lew Buat Semua Ahli P0litik Terdi4m"

  1. Khairuddin | 11/02/2020 at 9:46 am | Reply

    Bila tak dapat jawatan melalak konon bila dapat jawatan lupa daratan.Sudahlah insaf dan muhasabah diri.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*