“Isu Kelvar Akavn 1 KWSP,” PM T4mpil Jel4skan Kpd Rkyat

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menegaskan pengeluaran dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjan (KWSP), akan disasarkan untuk mereka yang dalam kesulitan sahaja.

Muhyiddin tidak menggariskan syarat-syarat untuk memenuhi syarat pengeluaran RM500 sebulan, tetapi memberi gambaran melalui kemungkinan satu senario.

“Mungkin kedua-dua suami isteri dah tiada kerja. Walaupun ada simpanan, simpanan dah habis untuk anak-anak.

“Jadi dalam kes sebegini lah kita benarkan,” katanya pada wawancara di Astro Awani malam ini.

Sementara itu perdana menteri juga menolak kritikan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bahawa Belanjawan 2021 tidak memiliki langkah-langkah untuk merangsang ekonomi.

Bagaimanapun, jelas Muhyiddin, pandangan Anwar itu bukan masalah kerana kerajaan terbuka mendengar sebarang maklum balas.

Kerajaan semalam mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, pengeluaran itu adalah bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Katanya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.

“Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion ringgit. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya.

Selain itu, Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada sembilan peratus mulai Januari tahun depan untuk tempoh 12 bulan.

“Ini bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.

“KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

“Skim ini telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai 11.6 bilion ringgit,” katanya.

Dalam pada itu segelintir dari netizan masih tidak berpuas hati denga  pengeluaran akaun 1 KWSP hanya 500 sebulan

“So go to one off withdrawal kwsp.. Kalo sebulan rm500, family tu boleh ke survive utk sebulan tok mudin? Bayar uma, keter, makan minum, blnja skolah? tulis seorang netizan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : trending sgt

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment on "“Isu Kelvar Akavn 1 KWSP,” PM T4mpil Jel4skan Kpd Rkyat"

  1. Kamaruddin bin Mohammad | 11/09/2020 at 7:57 pm | Reply

    Kami rakyat M40 pembayar cukai memohon jasa baik agar moratorium disambung secara auto 6 bln lagi. X semua golongan ini mewah. Kami juga terkesan dgn PKPB ini.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*