“Baru Sahaja Timang Cahaya Mata Kembar” Dr Sheikh Muszaphar Rancang Untuk Cahaya Mata Ketujuh

Kuala Lumpur: “Saya amat teruja apabila mendapat sepasang kembar lagi kerana impian saya untuk memilik anak yang ramai,” kata angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, 48.

Isterinya, Datin Dr Halina Mohd Yunos, 39, selamat melahirkan bayi lelaki jam 9.47 pagi diikuti bayi perempuan jam 9.48 pagi tadi secara pembedahan di Pusat Perubatan Sunway.

Dr Sheikh Muszaphar berkata, beliau juga sudah mula merancang untuk ‘mendapatkan’ anak ketujuh sebaik anak kembarnya itu dilahirkan.

“Saya seorang yang sukakan kanak-kanak dan pada masa sama, saya mahukan anak yang ramai kerana mahu membimbing mereka yang dilihat seperti versi saya yang kecil.

“Selain itu, ada kelebihan memiliki anak yang ramai walaupun sukar untuk menjaga mereka sekarang (semasa kecil). Bila mereka sudah besar nanti, anak-anak boleh menghilangkan kesunyian apabila kami sudah tua.

“Disebabkan itu, kini saya sudah bercadang untuk mendapatkan anak ketujuh. Bagi tujuan itu, saya perlu meyakinkan isteri terlebih dulu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, empat lagi anaknya sudah tidak sabar untuk berjumpa adik mereka.

“Ketika ini, hanya saya seorang dibenarkan melawat isteri serta anak di hospital kerana situasi Covid-19.

“Isteri kini dalam keadaan baik dan sudah makan serta boleh berjalan. Jika tiada aral melintang, isteri mungkin dibenarkan pulang ke rumah Ahad ini, namun bergantung kepada keadaan luka pembedahannya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Halina Mohd Yunos (@drhalina)

Sebelum ini, Dr Sheikh Muszaphar dikurniakan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang kini berusia tiga tahun.

Selain anak kembar lelaki, pasangan berkenaan juga memiliki dua lagi anak perempuan iaitu Sophea Isabella, 9, dan Sophea Natasha, 7.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: harian metro

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Baru Sahaja Timang Cahaya Mata Kembar” Dr Sheikh Muszaphar Rancang Untuk Cahaya Mata Ketujuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*