“Maafkan Abah…” Anak Tersent4k, Baca N0ta Terakhlr Ayah Sebel0m Mavt Aklbat C0vid-19

Pandemik Covid-19 bukan sesuatu yang boleh diambil ringan, wabak dari China itu semakin mengganas dan kini telah meragut ratusan nyawa.

Namun apa yang lebih menyedihkan adalah, apabila ahli keluarga sendiri maut akibat Covid-19. Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, bernama Syafiqa Humairak memaklumkan bapanya salah seorang yang terkorban.

Abah sempat tulis nota terakhir

Di dalam hantaran Fika, bapanya disahkan meninggal dunia dan bagi mematuhi SOP hanya seorang sahaja wakil daripada keluarga dibenarkan untuk melihat pengebumian tetapi hanya daripada jauh.

“Abah minta maaf…”

Akan tetapi, apa yang lebih meruntun hati Fika adalah nota terakhir yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya buat anak-anak pada sekeping kertas.

“Jaga diri semua. Tolong doa dan terus solat. Abah minta maaf…”

Menerusi laporan di Harian Metro, bapanya yang menghidap penyakit buah pinggang disahkan positif Covid-19 Khamis minggu lalu, sebelum dihantar ke HRPB untuk dikuarantin dan mendapat rawatan lanjut.

“Abah menulis nota itu sebelum dikomakan. Dia juga tidak mampu bercakap. Namun, kami sempat berhubung dengan panggilan video sebelum abah dikomakan…”

Difahamkan, masih terdapat ahli keluarganya yang dijangkiti Covid-19 sedang mendapatkan rawatan. Semoga kesemua mereka diberi kesembuhan.

Salam takziah

Menjengah ke ruangan komen, telah dihujani dengan kata-kata semangat dan doa buat mereka sekeluarga agar tabah menghadapi ujian Tuhan.

Diharapkan, kita sebagai masyarakat tidak menunding jari kepada mana-mana pihak, terutama sekali pesakit Covid-19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Harian Metro (Zahratulhayat Mat Arif) & Fika Maira

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri

Be the first to comment on "“Maafkan Abah…” Anak Tersent4k, Baca N0ta Terakhlr Ayah Sebel0m Mavt Aklbat C0vid-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*