“Selesai Buat Pembed4han, Saya Bukan Nak Mer4ih Simp4ti” Hidung Berdar4h, Hingus Mel3leh… Sharnaaz Ahmad Tetap Bekerja

PELAKON terkenal Sharnaaz Ahmad selamat menjalani pembedahan sinus yang dilakukan di sebuah pusat perubatan swasta pada Khamis.

Walaupun pendarahan dalam hidungnya masih jelas kelihatan, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, sempat berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Menurut Sharnaaz, tujuan dia berkongsi video tersebut bukan untuk meraih simpati namun sekadar berkongsi perkembangannya selepas pembedahan tersebut.

Saya bukan nak meraih simpati tapi nak beritahu pembukaan kedai makan saya.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

“Buat yang tertanya-tanya tentang saya… saya okay, Alhamdulillah. Baru saja selesai buat pembedahan. Saya ada masalah sinus. Saya pun tak boleh cakap lama sebab hingus dan darah akan keluar.

“Minta maaf kepada sesiapa yang tertengok video ini. Saya bukan nak meraih simpati tapi nak beritahu pembukaan kedai makan saya bermula 11 pagi, esok (Jumaat),” katanya.

Menerusi video berdurasi empat minit itu masih jelas kelihatan keadaan hidung pelakon drama Pelindung Seorang Puteri itu yang mengalir darah tanpa henti.

Sharnaaz berkongsi mengenai keadaannya di Instagram.

Rata-rata netizen serta rakan selebriti turut mendoakan agar bekas suami kepada usahawan Noor Nabila itu cepat sembuh.

“Apa-apa pun, saya doakan awak cepat sembuh. Sebab Allah sayang, dia beri kita ujian. Jadi InsyaAllah mudah-mudahan cepat sembuh.

Bro rehatlah… kasihan tengok sakit-sakit pun kerja. Apa-apa pun semoga cepat sembuh.

Aunty doakan semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan,” komen beberapa netizen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Selesai Buat Pembed4han, Saya Bukan Nak Mer4ih Simp4ti” Hidung Berdar4h, Hingus Mel3leh… Sharnaaz Ahmad Tetap Bekerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*