“Intr0 Siap Ada Catwalk” Netizen Beng4ng Usahawan Rak4m ‘Member’ Meningg4l Macam Vide0 Percutian

Perkongsian video usahawan muda, Hafiz mahamad berkaitan pemergian sahabat kecilnya yang dimuat naik ke laman sosial semalam telah mendapat pelbagai respon daripada warganet.

Pada muat naik sebelum ini, Hafiz telah beberapa kali berkongsi berkenaan keadaan sahabatnya yang dikenali sebagai Loh apabila pemuda itu mengalami masalah kesihatan dan ditempatkan di sebuah hospital di Kelantan.

Rakam perjalanan urus jen4zah rakan

Namun, pagi semalam Hafiz telah memaklumkan kepada semua pengikutnya di media sosial apabila Loh telah meninggal dunia dan dia sempat merakam perjalanan ke kediaman Loh serta proses pengebumian sahabatnya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Rakam member m4ti macam video vacation

Niat murninya dalam berkongsi perjalanan penuh duka itu nyata memberi sedikit ketidakselesaan dalam kalangan warganet apabila ada yang beranggapan tindakan merakam jenazah ketika proses pengebumian dilihat kurang sopan.

Tindakan tersebut dilihat kurang wajar kerana allahyarham masih mempunyai keluarga dan setiap rakaman video dibuat seakan untuk content yang akan dimasukkan ke media sosial.

Intro siap ada catwalk

Sehubungan dengan itu, ramai yang bersetuju dengan pendapat tersebut kerana merasakan apa yang dilakukan usahawan itu tidak tepat pada waktunya kerana pemergian orang tersayang adalah sesuatu yang sangat menyedihkan kepada ahli keluarga.

Ada juga daripada mereka mempertikaikan tindakkannya merakam momen solat jenazah dan juga ketika jenazah dimasukkan ke dalam liang lahad.

Ingat ni lakonan ke apa

Benda ni jadi sebab hidup untuk media sosial

Fikir positif jela banyak pengajaran tu

Namun begitu, masih ada yang berfikiran baik apabila mengangap jika kita mengambil dari sisi positif pastinya banyak pengajaran yang diperoleh daripada perkongsian usahawan itu.

Jadi, tidak perlu berasa sakit hati melihat video tersebut dan sepatutnya jika mahu menegur biarlah secara terus dan bukan memerli di sosial media juga.

Pendapat daripada warga Twitter dikenali sebagai Hafeez Ethan itu telah memperoleh lebih daripada lima ribu tanda suka dan empat ribu perkongsian semula dimana kebanyakan warganet bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan.

Hal ini susulan disebabkan mereka berasa kurang senang melihat video-video berkenaan proses pengebumian jenazah telah dirakam dan diedit sekaan sebuah dokumentari untuk tatapan pengguna media sosial.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Hafiz Mahamad, HafeezEthan

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Intr0 Siap Ada Catwalk” Netizen Beng4ng Usahawan Rak4m ‘Member’ Meningg4l Macam Vide0 Percutian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*