“Mama, Saya Dah B0leh Khwin..” Ismail Izzani B4ngga Beli Sendiri Selvar Dalam

Nama penyanyi Ismail Izzani semakin menjadi sebutan apabila single pertamanya yang berjudul Sabar mendapat pujian dan diminati ramai.

Kerjayanya dalam industri hiburan semakin berkembang apabila dia menceburi bidang lakonan pula. Antara drama yang dilakonkan adalah Lelaki Lingkungan Cinta yang disiarkan di TV3.

Telatah anak kelahiran Selangor ini di media sosial sering kali mendapat perhatian netizen kerana postingnya yang agak sempoi dan kelakar.

Namun baru-baru ini, anak kepada penyanyi era 1980-an Datin Suliza Salam itu memuat naik satu posting ketika berada di sebuah kedai outlet pakaian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Menerusi posting tersebut, dapat dilihat penyanyi berusia 20 tahun itu memegang sehelai seluar dalam dan berseloroh mengatakan dia sudah boleh berkahwin kerana sudah tahu membeli seluar dalam dengan sendiri.

Tambahnya lagi, posting itu hanya untuk gurauan dan meminta maaf sekiranya tidak kelakar dan mengundang kecaman daripada pengikut.

“Mama, Zani dah boleh kahwin lah sebab dah beli seluar dalam sendiri!!,” tulisnya.

Namun, rata-rata yang meninggalkan komen di posting penyanyi lagu Luar Biasa itu meluahkan rasa kelakar dan terhibur dengan gambar berkenaan.

Nak kahwin ajak peminat sekali

Astaga

Anak bertuah

Selain itu, Ismail juga khabarnya sedang menjalin cinta bersama seorang penyanyi baru yang bernama Shalma Eliana iaitu adik kepada pengacara Shalma Aina.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Instagram Ismail Izzani

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Mama, Saya Dah B0leh Khwin..” Ismail Izzani B4ngga Beli Sendiri Selvar Dalam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*