Tngan Wrga Em4s Kem4langan Ketika B4iki ‘Highway’ Terpksa Dipt0ng

Semalam, tular di media sosial berkenaan gambar-gambar kemalangan melibatkan pekerja penyelenggara lebuh raya yang dilanggar ketika membetulkan jalan.

Apa yang menyedihkan adalah lelaki warga emas itu mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota badan sehingga terbaring di tengah lebuh raya tersebut sebelum diberikan bantuan.

Keadaan selepas kemalangan

Namun begitu, apa yang menyedihkan adalah tangan kanan pakcik tersebut terpaksa dipotong bagi mengelakkan sebarang komplikasi yang lebih serius.

Hal ini dimaklumkan oleh seorang pengguna Twitter yang turut memuat naik gambar kemalangan yang berlaku semalam di Lebuh raya Pasir Gudang itu.

Anak cerita kondisi bapa

Dalam perkongsian  Tsgxy_ , dia sempat berhubung dengan anak kepada mangsa dikenali sebagai Haikal mengenai kondisi bapanya dan cerita sebenar kemalangan tersebut.

Tangan terpaksa dipotong

Saksi diminta tampil buat laporan

Dalam satu posting yang diperoleh daripada laman Facebook Demi Rakyat Johor, terdapat seorang lagi mangsa kemalangan yang turut tercedera dalam kejadian petang semalam.

Kedua-duanya sedang mendapatkan rawatan di hospital dan pihak berkuasa meminta saksi yang melihat kemalangan tersebut untuk tampil memberikan maklumat.

Treler lari selepas langgar

Dalam ruangan komen di laman Twitter sumber lagi, anak kepada mangsa memaklumkan bahawa treler yang melanggar bapanya terus memecut laju dan meninggalkan mangsa kemalangan di tengah lebuhraya.

Semoga nasib mangsa-mangsa kemalangan di Lebuh raya Pasir Gudang terbela dan suspek yang melanggar para pekerja penyelenggara jalan tersebut berjaya dikesan untuk membantu siasatan kejadian tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Tsgxy_Demi Rakyat Johor

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Tngan Wrga Em4s Kem4langan Ketika B4iki ‘Highway’ Terpksa Dipt0ng"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*