Ini Alasan Artis Bina Patung Gergasi Bentuk ‘Miss V’ di Lereng Bukit

Patung gergasi dengan bentuk vaglna di Usina de Arte, sebuah taman seni luar bandar di negeri Pernambuco, timur laut Brazil telah menimbulkan kontroversi. Patung itu menjadi buah mulut masyarakat di Brazil.

Seperti yang dilaporkan oleh CNN, patung itu yang diberi nama Diva, diperbuat dari konkrit dan resin dengan panjang 33 meter. Patung itu dibuat oleh artis Juliana Notari dan diletakkan di lereng bukit muzium terbuka.

Foto: Facebook Juliana Notari


Foto: Facebook Juliana Notari
Notari menyiarkan karya itu di Facebook pada 30 Disember, yang memperincikan bagaimana lebih daripada 20 lelaki mengerjakan patung buatan tangan itu, yang berukuran 16 meter lebar dengan kedalaman 6 meter.

Foto: Facebook Juliana Notari

Foto: Facebook Juliana Notari

Foto: Facebook Juliana Notari

Maksud Di Sebalik Pembinaan Patung ‘Diva’

Minggu lalu, Notari menjelaskan bahawa patung itu menggambarkan f4raj dan lvka yang mempersoalkan hubungan antara alam dan budaya dalam masyarakat phallocentric dan anthropocentric.

“Dalam ′ Diva “, saya menggunakan seni untuk berdialog dengan isu-isu yang merujuk kepada isu gender dari perspektif wanita yang digabungkan dengan masyarakat barat cosmopocentric dan anthropocentric. Pada masa ini, isu-isu ini menjadi semakin mustahak. Oleh itu, ini mengubah perspektif hubungan kita antara manusia dan bukan manusia.” jelasnya

Lama kelamaan, patung itu menjadi kontroversi yang diperdebatkan oleh sebilangan pihak dengan pandangan berbeza.

Perdebatan itu berlaku di ruangan komen yang disiarkan oleh Notari mengenai Diva di Facebook peribadinya. Ada yang menyokong dan juga mengkritik.

Seorang ahli politik Bolsonari, Olavo de Carvalho, mengkritik karya Notari melalui akaun Twitternya. Dia seolah-olah mencadangkan patung z4kar raksasa sebagai cara untuk menandingi Diva.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: murai

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Ini Alasan Artis Bina Patung Gergasi Bentuk ‘Miss V’ di Lereng Bukit"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*