Sudah Meniti Usia 52 Tahun,Ameng Spring Syukur Masih Ada Peluang Dalami Ilmu Al-Quran

Vokalis kumpulan Spring, Ameng mengakui dirinya berasa sangat bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk mempelajari ilmu Al-Quran meskipun dalam usia yang agak lewat.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, saat pertama kali hatinya terdetik untuk mendalami ilmu Al-Quran, ketika dia telah pun berusia 52 tahun.

Barmula saat itu, Ameng dikatakan tekah memasang Azam untuk menjadikan Al-Quran sebagai salah satu rutin kehidupannya.


“Alhamdulillah saya diberi peluang dan ruang oleh ALLAH swt untuk saya mencintai Al-Quran. Di umur 42 tahun, saya mula mengenal huruf-hurus Al-Quran dan di saat itu saya berazam untuk menjadikan Al Quran sahabat karib saya dan berazam untuk mempelajari ilmu / bacaan Al Quran,” tulisnya.

Berkongsi cerita di laman Instagram, penyanyi yang popular menerusi lagu Sampai Hati ini menyifatkan sekiranya dia boleh menghafal pelbagai jenis lagu, mengapa dia tidak cuba untuk menghafal ayat suci Al-Quran.

“Kalau saya boleh menghafal lirik lirik lagu, tak kan saya tak cuba untuk menghafal ayat-ayat suci Al-Quran. Saya tekad. InshaAllah setiap niat baik kita, kalau kita bersungguh sungguh. inshaAllah segalanya akan dipermudahkan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ameng turut mengajak orang ramai untuk turut sama mempelajari ilmu Al-Quran bersamanya di saluran Youtube miliknya.

“Pada anda yang ingin belajar dan mengaji bersama saya, boleh subscribe ke laman Youtube saya AmengSpring Official. Boleh klik link kat Bio saya.

“Semoga segala amalan kita diterimaNya. Jadikan Al- Quran naskah wajib yang kita baca setiap hari. Jangan tinggalkan,” jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan sikap tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Ameng.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Sumber: Instagram Ameng Spring

Be the first to comment on "Sudah Meniti Usia 52 Tahun,Ameng Spring Syukur Masih Ada Peluang Dalami Ilmu Al-Quran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*