Pemilik Gerai Burger Yang Pemurah di Kota DamanSara Ini Tawar Burger Percuma Kepada Sesiapa Yang Kurang Berkemampuan Ketika PKP

Dalam keadaan pandemik yang melanda kini, tidak dapat dinafikan ramai penduduk di Malaysia menerima kes4nnya tidak kira secara langsung mahupun secara tidak langsvng. Dan syukurlah, masih ada lagi antara kita yang sudi membantu antara satu sama lain untuk mengharungi dugaan yang memeritkan ini.

Salah seorang daripadanya ialah Mohd Kosim, yang baru-baru ini memuatnaik kiriman yang menawarkan burger percuma kepada sesiapa yang kurang berkemampuan untuk mencari makanan ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Mohd Kosim/Facebook

“(Jika) tidak ada duit hendak makan burger semasa PKP, jangan malu jangan segan marilah ke kedai saya, Burger Boy.

“Makanlah sehingga kenyang. Anda adalah saham akhirat saya. Saya ikhlas, saya bukan hanya berkata-kata. Datanglah (ke) kedai dan beritahu saya atau pekerja saya jika tiada duit (untuk) makan. Allah sudah membayarnya.”

“Minta kawan-kawan kongsikan kiriman ini supaya sampai kepada yang memerlukan. Saya mohon,” tulis Mohd Kosim dalam kiriman yang dimuat naik pada petang 13 Januari lalu.

Sugguh mulia hati Mohd Kosim yang mahu membantu mana-mana individu yang sedang dalam kesusahan. Diharapkan, perniagaan Burger Boy yang terletak berhampiran Sunway Giza ini semakin maju dan diberkati oleh-Nya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: era baru

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Pemilik Gerai Burger Yang Pemurah di Kota DamanSara Ini Tawar Burger Percuma Kepada Sesiapa Yang Kurang Berkemampuan Ketika PKP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*