Kehadiran Seekor Kucing Dikonsert Orkestra Yang Sedang Buat Persembahan, Telatah Selamba Kvcing Lni Cuit Hati Pen0nton.

Bayangkan anda sedang berada di atas pentas dan disaksikan oleh ratusan orang. Pasti ada ramai antara kita yang gentar, takut atau mungkin malu kerana bimbang apa sahaja kesalahan yang dilakukan pasti akan dilihat oleh orang ramai.

Tetapi, lain pula yang berlaku jika ada ‘tetamu’ comel yang muncul secara tiba-tiba. Semua rasa gementar atau malu pasti akan hilang, malah fokus juga boleh teralih kepada ‘tetamu’ tersebut.

Itulah yang berlaku apabila seekor kucing comel muncul di atas pentas yang dipenuhi dengan kumpulan orkestra yang sedang melakukan konsert klasik. Kehadirannya bukan sahaja telah menarik perhatian peserta malah penonton juga terhibur dengan kehadirannya.

Si comel itu nampaknya tidak gentar atau malu malah dengan selamba berjalan-jalan untuk ‘menyapa’ kumpulan orkestra tersebut. Apa yang melucukan dia juga tidak mahu turun dari pentas walaupun ada cuba memintanya untuk pergi dari situ.

Kucing tersebut malah berpatah balik dan naik semula ke pentas. Tidak cukup dengan itu, dia juga siap naik ke atas podium dengan yakinnya. Melihat telatahnya itu, penonton mula memberikan tepukan gemuruh kepadanya.

Agak-agaknya apa yang sedang difikirkan oleh kucing tersebut? Pasti dia bangga kerana orang ramai suka akannya seolah-olah dia lah yang pandai menggesek biola di dalam konsert itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber: Erra

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Kehadiran Seekor Kucing Dikonsert Orkestra Yang Sedang Buat Persembahan, Telatah Selamba Kvcing Lni Cuit Hati Pen0nton."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*