“Engku Emran Bercinta Dgn Nabila ?? ” Netizen Mulakan Spekvlasi Ker4p Kelihatan Bersama

Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja nama Noor Nabila kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa menjadi perhatian netizen selepas ada ura-ura mengatakan bahawa dia sedang bercinta dengan Engku Emran.

Hal ini menjadi bualan di laman sosial terutamanya di Twitter dan laman Forum Cari selepas ada beberapa gambar dan video memperlihatkan mereka berada di satu lokasi yang sama.

Engku Emran yang juga bekas suami kepada Laudya Cynthia Bella iaitu artis terkenal Indonesia itu turut dilihat berada di kediaman Nabila dalam beberapa majlis keluarga.

Mereka juga dilihat berkayuh basikal bersama-sama memandangkan keduanya menggemari aktiviti sukan tersebut.

Ramai yang telah membuat spekulasi berkenaan hubungan mereka dengan menulisnya di Twitter setelah melihat kebersamaan mereka yang semakin akrab sejak kebelakangan ini.

Walau bagaimanapun, kesahihan perkara tersebut tidak dapat dipastikan kerana masing-masing tidak memberikan apa-apa penjelasan lagi berkenaan spekulasi tersebut.

Untuk makluman, Engku Emran pernah bernikah dengan bekas ratu cantik Malaysia, Erra Fazira dan dikurniakan seorang anak, Engku Aleesya sebelum mereka bercerai pada 2014 sebelum berkahwin dengan Laudya Chynthia bella pada 2018 namun berpisah dua tahun selepas itu.

Manakala, Noor Nabila juga merupakan ibu tunggal selepas berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad setelah dikurniakan seorang anak, Jebat Jaydeen berusia 2 tahun.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Engku Emran Bercinta Dgn Nabila ?? ” Netizen Mulakan Spekvlasi Ker4p Kelihatan Bersama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*