Shiha Zikir Akvi Leg4 Tiada Lagi Yg Pertik4ikannya Bawa Lagu Dato Seri Siti Nurhaliza, 7 Nas1hat

PENYANYI Shiha Zikir tidak men4fikan dirinya pernah dipertik4ikan banyak pihak apabila diumumkan sebagai pengganti kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu 7 Nasihat dalam saingan peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) November tahun lalu.

Namun kec4man itu tidak berpanjangan apabila Shiha atau nama sebenarnya, Nurshiha Mohd Zikir, 34, akhirnya berjaya membuktikan dirinya juga boleh menyanyikan lagu tersebut dengan baik mengikut acuannya sendiri.

Menurut Shiha, kini ramai yang sudah membuka mata dan memberikan sokongan terhadapnya bagi membawakan lagu nyanyian bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta pada malam berprestij Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang bakal berlangsung pada 14 Mac ini.

“Alhamdulillah, sekarang saya tidak dapat lagi komen-komen yang mempert1kaikan kebolehan saya untuk menggantikan Siti Nurhaliza dan saya memang sangat berbesar hati apabila dipelawa sekali lagi oleh Siti.

“Memang sebelum buat semi final hari itu, ramai yang pertika1kan kenapa saya dipilih, namun bila lihat persembahan saya, baharu mereka boleh terima cara saya bawakan lagu itu mengikut gaya sendiri.

“Saya memang sangat berharap tiada lagi yang banding-bandingkan saya dengan Siti, sebab Siti memang dah cukup hebat, siapalah saya jika nak dibandingkan dengan Siti,”.

Ketika ditanya mengenai persiapannya menjelang AJL 35, Shiha menjelaskan buat masa ini dia masih belum berpeluang untuk berlatih bersama rakan gandingannya, Kmy Kmo dan Luca Sickta disebabkan terikat dengan komitmen penggambaran drama.

“Sekarang saya tak sempat lagi nak berlatih dengan mereka tapi nanti memang saya kena cvri masa juga untuk jumpa mereka.

“Kalau diikutkan memang saya tiada masa rehat sehingga menjelang AJL 35, harap-harap saya dapat berikan yang terbaik nanti.

“Rancangannya, kalau boleh kami nak hidupkan suasana tradisional tapi SOP hanya membenarkan enam orang sahaja berada di atas pentas pada satu-satu masa, kami penyanyi sahaja dah tiga orang… itulah cabarannya.

“Tapi tak mengapa sebab kami dah ada plan B yang lebih kurang, kena nantikan kelainan apa yang akan kami bawakan nanti,” katanya.

7 Nasihat merupakan hasil gubahan Kmy Kmo dan Luca Sickta akan bersaing dengan 11 lagu lain iaitu Semalam nyanyian Aina Abdul, Gila (Kaka Azraff, Noki, Loca B), Hutang (Floor88) dan Aku Bidadari Syurgamu (Aishah).

Turut bertanding pada acara itu Kau Sakiti (Amir Masdi), Belenggu Rindu (Wany Hasrita, Datuk Jamal Abdillah), Gundah (Ernie Zakri), Eh (Zizi Kirana), Peluang Kedua (Nabila Razali), Jangan Khianati Aku (Azlan & The Typewriter) dan Hati (Hael Husaini).

AJL 35 akan bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam tanpa kehadiran penonton selain mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Sumber : mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Shiha Zikir Akvi Leg4 Tiada Lagi Yg Pertik4ikannya Bawa Lagu Dato Seri Siti Nurhaliza, 7 Nas1hat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*