Bekerja Sbg Eksekutif Teknologi, Putera Harry Tolak Kehidupan Istana

Sebelum ini, isteri kepada Putera Harry iaitu Meghan Markle mended4hkan beliau pernah berniat untuk membvnuh diri ekoran tidak sanggup lagi berdepan diskr1minasi dan sifat perk4uman terlampau dalam sistem monarki keluarga diraja Britain.

Terbaru, Putera Harry memberitahu bahawa beliau telah menyertai syarikat Lembah Silikon, BetterUp sebagai Ketua Pegawai Impak.

Menerusi laporan BetterUp, organisasi tersebut menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kesihatan mental kepada pelanggan. Laman web syarikat itu turut menyenaraikan Harry sebagai sebahagian daripada pasukan kepimpinannya. Ini kerana, beliau seorang individu yang mempunyai sifat kemanusiaan, veteran dalam bidang ketenteraan serta seorang yang menyokong kesihatan m3nt4l dan ahli alam sekitar.

Harry menyertai syarikat itu beberapa minggu selepas beliau dan Duchess of Sussex, Meghan Markle, membuat pendedahan mengejutkan dalam rancangan temubual Oprah Winfrey berhubung keputusan mereka meninggalkan istana.

Tambah laporan tersebut, The Wall Street Journal merupakan sumber yang pertama melaporkan mengenai berita tersebut. Jelas akhbar itu juga, Harry berperanan menyediakan input bagi keputusan strategi produk dan sumbangan amal, serta memberikan sokongan secara terbuka mengenai topik berkaitan dengan kesihatan mental. Mengenai bayaran yang akan diberikan kepada Harry, BetterUp dipercayai enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BetterUp, Alexi Robichaux, Harry memberitahu kepadanya bahawa beliau minat untuk membantu pasukan Robichaux. Tambah Alexi, Harry turut mendapat manfaat daripada bimbingan yang disediakan oleh BetterUp.

Apa yang menarik perhatian beliau mengenai BetterUp adalah mengenai misi syarikat untuk mencungkil potensi individu di mana sahaja yang memerlukan inovasi, impak, dan integriti.

Sumber : Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Bekerja Sbg Eksekutif Teknologi, Putera Harry Tolak Kehidupan Istana"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*