Anggap Tiada Rezeki, Syatilla Melvin Gugur Anak Ketiga

Pelakon Syatilla Melvin meluahkan rasa hampa dan kecewa apabila hasrat untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian. Memetik laporan Utusan Malaysia, memaklumkan dirinya mengalami keguguran anak ketiga semasa kandungan cecah usia lapan minggu.

Pelakon dan juga isteri kepada Shahiezy Sam itu baru saja mengetahui berita tersebut semalam sewaktu dia berjumpa dengan doktor. Doktor turut mengesahkan janin di dalam kandungan Syatilla sudah tidak mempunyai degupan jantung.

Saya cuma tahu mengenai hal tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik semalam. Kata doktor, kandungan saya terbantut, tak berkembang selain tiada degupan jantung pada janin yang masih ada dalam rahim saya ketika ini.

Dia menganggap keguguran kandungan anak ketiga ini sebagai tiada rezeki buat dirinya dan suami. Malah, buat masa sekarang dia dinasihati doktor untuk membiarkan janin tersebut gugur secara semulajadi. Jika tidak, Syatilla perlu menjalani proses mencuci rahim.

Tentulah di awalnya saya rasa sangat gembira, tetapi bila jadi begini rasalah sedih itu. Sam pula semasa diberitahu doktor, hanya mampu terdiam.

Ini merupakan kali ketiga saya mengalami keguguran. Syeriv anak kami pun dah teruja nak dapat adik baru, selalu saja cium perut saya tanda tak sabar nak jumpa adik.

Sumber : Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Anggap Tiada Rezeki, Syatilla Melvin Gugur Anak Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*