Baru Kahwin Dah Sibuk Kerja, Erni Dan Syamel Kantoi ‘Dating’ Di Set Penggambaran

Umum sedia tahu bahawa pasangan penyanyi Ernie Zakri dan Syamel baru sahaja melangsungkan pernikahan pada dua minggu lalu.

Walaupun masih dalam mood pengantin baru, masing-masing dilihat tidak mengambil cuti honeymoon dan terus-terusan bekerja.

Hal ini dapat dilihat menerusi Instagram kedua-duanya kerana kerap kali memuat naik momen bersama di lokasi pengambaran ataupun set rakaman program hiburan.

Dalam satu perkongsian yang tular di TikTok milik @aidunnoe, dia telah memuat naik momen sweet pasangan tersebut yang ‘kantoi’ sedang bermanja ketika waktu break di lokasi pengambaran.

Ernie dilihat agak terkejut dan hanya tersipu malu apabila disergah oleh temannya dan masing-masing hanya tergelak mengenangkan perkara tersebut.

Menerusi kapsyen yang disertakan @aindunnoe memaklumkan dia melihat video berkenaan berulang kali kerana merasakan betapa bahagianya pasangan yang baru bernikah itu.

Perkongsian berkenaan nyata membuatkan para peminat terhibur sama dan berasa gembira melihat pasangan selebriti kegemaran mereka begitu bahagia selepas bergelar pasangan suami isteri.

Masing-masing juga sempat berseloroh dengan mahu berkahwin juga setelah melihat kemesraan Ernie dan Syamel.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Baru Kahwin Dah Sibuk Kerja, Erni Dan Syamel Kantoi ‘Dating’ Di Set Penggambaran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*