Tokti Berdebar Nak Bersalin Bayi Lelaki Awal Ramadhan Ini

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dijangka menyambut kelahiran cahaya mata kedua pada awal Ramadan ini.

Menerusi laporan BH Online, Siti atau mesra dipanggil TokTi mengakui gementar bagi melalui proses bersalin sekali lagi selain memohon doa peminat agar segalanya berjalan dengan lancar.

“Saya yakin setiap ibu yang pernah melalui proses bersalin pasti gementar. Lebih lagi, setiap pengalaman tidak sama. Pengalaman bersalin kali pertama tentu tidak sama dengan kedua.
“Jadi, saya memohon agar mendoakan proses bersalin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan,” katanya.

Penyanyi berusia 42 tahun itu ditemui ketika majlis pelancaran Wafer Emas Edisi Khas Jubli Siti 25 Tahun bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang juga aktiviti terakhirnya sebelum bercuti panjang.

Terdahulu, beliau mengumumkan sedang hamil bayi lelaki ketika siaran langsung di aplikasi e-dagang, Shopee secara eksklusif selepas menjalani proses rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Siti berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006 dan dikurniakan puteri sulung, Siti Aafiyah yang juga hasil proses IVF selepas 11 tahun menantikan zuriat.

Sumber : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Tokti Berdebar Nak Bersalin Bayi Lelaki Awal Ramadhan Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*