Gara-Gara Tak Puas Hati, Ayah Pesakit Tendang Jururawat

Seorang jururawat menjadi mangsa keadaan selepas seorang bapa pesakit tidak puas hati dengan layanan yang telah diberikan di Hospital Siloam Srivijaya, Indonesia pada Khamis lalu.

Menurut Tribun News, mangsa yang bernama Christina Ramauli telah ditendang pada perut, ditampar dan ditarik rambutnya oleh bapa kepada pesakit sebelum dia diminta untuk sujud bagi memohon maaf.

Menurut Ketua Bahagian Pembangunan Kejururawatan, ketika kejadian berlaku suspek yang ddikenali sebagai JT ingin menjemput anak lelakinya itu untuk pulang ke rumah selepas empat hari dirawat di hospital berkenaan akibat penyakit radang paru-paru.

Mangsa yang sedang melakukan tugasnya seperti biasa mengikut prosedur seperti mencabut water drip lalu menggunakan kapas alkohol dan kemudiannya menampal plaster, namun akibat pesakit yang sedang aktif menyebabkan darah keluar sehingga plaster tercabut.

Disebabkan anaknya yang berusia dua tahun sedang aktif walaupun didukung, darahnya keluar sehinggakan plaster tercabut.

Dengan keadaan sebegitu ibu pesakit berkenaan terus panik dan mengadu kepada pihak pengurusan sebelum jururawat menggantikan dengan kapas yang baru. Ibu kepada pesakit berkenaan merasa tidak puas hati lalu mengadu kepada suaminya.

Gara-gara isterinya mengadu, kekecohan antara ibu bapa pesakit dengan jururawat berkenaan terjadi dan telah dibantu oleh beberapa para petugas yang berada di situ untuk meleraikan keadaan berkenaan.

Suspek ditahan oleh pihak polis dan telah mengaku tidak mampu menahan emosinya lalu bertindak dengan kasar ketika mendapat tahu tangan anaknya berdarah selepas jarum water drip dicabutkan.

Sumber : Ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Gara-Gara Tak Puas Hati, Ayah Pesakit Tendang Jururawat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*