“Kami Bvkan Pem4las..” Pasangan Muda 20 Tahun Jadi Gel4ndangan Akhirnya Ded4hkan Tentang Kerja

Butterworth: Sepasang suami isteri terpaksa menjadikan kawasan bawah jejambat di Jalan Bagan Dalam, di sini sebagai tempat berteduh selepas tidak lagi mampu menyewa berikutan kehilangan pekerjaan sejak beberapa bulan lalu.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Malah, pasangan muda yang ingin dikenali sebagai Siti dan Mohd masing-masing berusia lingkungan 20-an itu tidak mahu menyusahkan keluarga mereka yang turut terhimpit dengan masalah kewangan.

Terdahulu, pasangan suami isteri berkenaan menjadi antara 300 penerima bantuan makanan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ‘The Ascott Merdeka’.

Siti berkata, dia dan suaminya bersyukur dengan keprihatinan masyarakat terhadap golongan gelandangan yang tidak bernasib baik.

KONGSI BERKENAAN KERJA, INI SEBAB KENAPA MEREKA TIDAK BEKERJA

“Ramai yang senasib seperti kami sejak Covid-19 dan keadaan ekonomi juga kurang baik kerana agak sukar dapat kerja.

“Bila ada kerja lokasinya pula jauh apatah lagi kami tidak mempunyai kenderaan. Namun, saya harap dapat peroleh kerja di sekitar kawasan ini untuk ubah nasib kami,” katanya

Sementara itu, Pengurus Residensi Sky Residence by The Ascott, Lee Boon Kae, berkata pihaknya menyedari bahawa pandemik Covid-19 yang melanda lebih dua tahun lalu menyebabkan ramai golongan terjejas dari segi pendapatan.

“Dalam usaha meringankan beban mereka yang terjejas, pihak syarikat memperuntukkan RM1,000 setiap bulan untuk membantu golongan kurang bernasib baik ini,” katanya.

Namun, melihat ruangan komen di Harian Metro, tindakkan pasangan muda ini telah menimbulkan kemarahan netizen.

Rata-rata mereka menempelek pasangan tersebut mengatakan pasangan ini pemalas, dan hanya mengharapkan bantun sahaja.

“One word, PEMALAS! Aku penah kena benti keje sebab company dah takde job. Dalam masa 2 minggu aku guna duit sikit utk keluar cari kerja & aku dapat kerja. Allah sentiasa uji, tapi Allah itu Maha Pemberi.” – Arafah

“Sekarang banyak kilang2 ambil ramai operator pengeluaran. Kerja di sektor perkilangan kebanyakan ada transport disediakan kepada operator. Nak seribu daya tapi kalau memang sendiri tak nak berusaha memang payah la. Umur suami isteri baru 20an. Hmmm….” – Cheq Na

“Tak faham.. Umur baru 20 kot.. Terlalu muda dan masih kuat.. Banyak je peluang pekerjaan sekarang ni.. PKP pun dah berakhir, patutnya takda masalah kecuali pasangan ni oku.. Tapi masalahnya sekarang ni oku pun gigih cari rezeki..” – Dzilla

“Aik bru umur 20an,ada IC kerja dmna2 boleh dpt,mesti malas kerja tu jd bgtu,org tiada sekolah pun boleh kerja oh asal ada IC,kerja jgn pilih2 tu saja” – Atikah

Tonton Video :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber :HM

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments on "“Kami Bvkan Pem4las..” Pasangan Muda 20 Tahun Jadi Gel4ndangan Akhirnya Ded4hkan Tentang Kerja"

  1. I need workers. let me know if they want a job.

Leave a comment

Your email address will not be published.


*