”Penampilan Aprena Manrose Berpurdah Raih Perhatian”, Ini Permintaan Kepada Netizen

Baru-baru ini, pelakon terkenal, Aprena Manrose atau nama sebenarnya Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman hadir ke sebuah majlis ilmu dengan memakai purdah ternyata mencvri perhatian ramai.Menerusi video yang dimuat naik oleh Aprena di laman Instagramnya, dia hadir ke sebuah majlis ilmu yang dihadiri dalam kalangan wanita sahaja dengan memakai jubah dan berniqab.Ujar pelakon kelahiran Kelantan itu, dia meluahkan rasa syukur apabila diberi kesempatan dalam menghadiri majlis ilmu tersebut demi memperbaiki diri lebih baik berbanding sebelum ini.

“Alhamdulillah atas rezeki yang diberi untuk menghadiri majlis ilmu agama. Ramai sangat yang datang. Alhamdulillah.“Ya Allah bantulah aku untuk sentiasa menghadiri majlis ilmu kerana sesungguhnya aku ini insan yang Iemah. InsyaAllah. Semoga kita semua terus usaha atas iman dan istiqomah ke jalan Allah,” katanya.Bukan itu sahaja.

Aprena turut terharu apabila menerima maklum balas positif daripada netizen dan meminta doa agar dia sentiasa istiqamah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.“Terima kasih atas komen yang baik. Allah Maha Baik. dalam kita mencariNya, Dia sentiasa membuka ruang dan jalan seluas-luasnya.“Allahuakhbar. Mohon doa dari kalian untuk sentiasa doakan saya terus istiqomah dan semoga doa berbalik pada kalian

Insya-Allah,” katanya.Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen mendapati, rata-rata netizen berbangga dengan perubahan yang dilakukan oleh pelakon yang berusia 29 tahun itu untuk menjadi seorang muslimah yang baik.Malah, mereka turut mendoakan Aprena sentiasa istiqamah dalam menutup aurat dengan lebih sempurna dan menjadikan selebriti tersebut sebagai inspirasi untuk berubah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber :OMM

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "”Penampilan Aprena Manrose Berpurdah Raih Perhatian”, Ini Permintaan Kepada Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*