“Jasanya Sangat Besar Buat Kita Semua Terutamanya Masa PKP” Dr Che Hafiz Cakap Pasal R0ti

Doktor kacak Dr Che Hafiz memuat naik satu entri di Instagramnya bercerita tentang roti. Mungkin bunyinya agak kelakar, tetapi penerangan Dr Che Hafiz mungkin dapat membantu kita memahaminya.

“Sungguh enak dimakan begitu saja? Biar betul doc! Ya, nampak macam simple tapi itulah dia roti Gardenia yang kian hangat kini di pasaran sebab kerap jugak saya nak pergi beli tapi selalu habis.

“Jasanya cukup besar buat kita semua terutamanya masa PKP macam sekarang ni cukup membantu saya dan juga mereka yang berada di barisan hadapan akan faham perasaan ni,” tulis Dr Che Hafiz.

Tambah Che Hafiz, rasa lapar, dahaga dan penat tu memang sudah tidak asing lagi, apatah lagi tugas yang diberikan perlukan ketahanan mental dan fizikal.

“Ada eloknya juga jika badan perlu tambah kembali balik tenaga yang hilang dengan pengambilan karbohidrat yang merupakan antara keperluan asas yang menjadi sumber tenaga.

“Sebagai contoh, ketika sibuk bertugas dan dapat peluang selit masa yang ada itu memang sudah tentu kena cari makanan yang mudah dibawa, ringkas, cepat dan senang. Janji boleh telan hilangkan lapar macam roti gardenia ni. Walaupun tak disalut dgn jem. Makan kosong macam tu je rasa dia tetap terbaik,” tulis Dr Che Hafiz lagi.

 

View this post on Instagram

 

SUNGGUH ENAK DIMAKAN BEGITU SAJA ?? BIAR BETUL DOC ! YA..nampak macam simple tapi itulah dia roti Gardenia yang kian hangat kini di pasaran sebab kerap jugak saya nak pergi beli tapi selalu habis.Jasanya cukup besar buat kita semua terutamanya time2 PKP mcm skrang ni cukup membantu saya dan juga mereka yg berada di barisan hadapan akan faham perasaan ni.Rasa lapar,dahaga dan penat tu mmg sudah tidak asing lagi.Mana tak nya tugasan yg diberi banyak pakai ketahanan mental dan juga fizikal.ada elok nya juga jika badan perlu re-fill balik tenaga yang hilang dgn pengambilan karbohidrat merupakan antara keperluan asas yg menjadi sumber tenaga.sebagai contoh ketika sibuk bertugas dan dapat peluang selit masa yang ada itu mmg sudah tentu kene cari makanan yang mudah dibawa,ringkas,cepat dan simple, janji boleh telan hilangkan lapar mcm roti gardenia ni ha..walaupun tak disalut dgn jem..makan kosong mcm tu je rasa dia tetap terbaik.Kalau mengidam nak tapau nasi briyani,chicken chop or any western food yg biasa order sebelum PKP mmg jgn mimpi la jawapannya.. Apa2 pun dlm perjuangan untuk misi yg sama iaitu banteras wabak covid-19 keje2 juga tapi jgn sampai kesihatan diri dan nyawa kita tergadai.. đŸ‘đŸ» #sayangnegaraku #frontliner #salamjumaatsemua #stayhome #positivevibes #safetyfirst

A post shared by Dr Che Hafiz (@drchehafiz) on


Tambahnya, jika mengidam mahu membungkus nasi briyani,chicken chop atau makanan barat yang biasa dipesan sebelum PKP memang sukar.

Namun begitu, tulis Che Hafiz lagi, dalam perjuangan untuk misi yang sama iaitu membanteras wabak Covid- 19, kerja harus dilaksanakan tetapi kesihatan diri dan nyawa petugas perlu diutamakan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "“Jasanya Sangat Besar Buat Kita Semua Terutamanya Masa PKP” Dr Che Hafiz Cakap Pasal R0ti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*