Shiha Zikir Ajak Orang Ramai Lwan Dvgaan Ramadan Dengan Kvasa Senyuman

“Nak lawan dugaan Ramadan? Senyum jom!” begitulah saranan penyanyi Shiha Zikir kepada semua pihak yang sedang bersiap sedia menyambut kehadiran bulan Ramadan tidak lama lagi.

Kedatangan bulan puasa yang bakal menjelang tiba pastinya memberikan impak berbeza tahun ini.

Masakan tidak, kita bakal menyambutnya serba sederhana kerana masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan bermula 18 Mac lalu.

Mungkin dugaan yang bakal ditempuhi pada bulan Ramadan tahun ini ialah ada yang bakal menyambutnya bersendirian tanpa kehadiran keluarga tercinta.

Tapi, perkara tersebut boleh diatasi dengan sifat kesabaran dan sentiasa mengukir senyuman kerana jarak yang memisahkan hari ini adalah untuk kesejahteraan masa hadapan.

Shiha merupakan satu antara tujuh personaliti popular tanah air yang menjadi duta ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ bersempena kempen Ramadan Raya 2020 bersama Astro.

Selain Shiha, personaliti lain yang menjadi duta kempen ini ialah Nabil Ahmad, Ernie Zakri, Hael Husaini, Sherry Alhadad, Ben Amir dan Chubb-E.

Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.

Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.

Jangan lupa untuk terus bersama dengan program-program menarik di pelbagai platform Astro sepanjang Ramadan dan Syawal, bermula 14 April sehingga 30 Jun ini!

Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna.

Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro!

Sumber :Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!MK

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page @Media Kita

PERHATIAN: Pihak Media Kita tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Media Kita juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Be the first to comment on "Shiha Zikir Ajak Orang Ramai Lwan Dvgaan Ramadan Dengan Kvasa Senyuman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*